PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA (PLKK) TAHUN 2022 BAGI KURSUS KIMPALAN 6G
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) akan menganjurkan Kursus Kimpalan 6G di bawah Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) Tahun 2022.
MANFAAT PROGRAM
Latihan percuma selama 3 bulan
Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan
Elaun Latihan sebanyak RM150.00 sebulan
Makan, minum dan asrama disediakan sepanjang latihan
Peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas tamat latihan dengan pendapatan minimum RM1,500.00 sebulan
SYARAT PERMOHONAN:
1. Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18-35 tahun. Bagi pelatih kategori Ketua Isi Rumah (KIR) dan Suri Rumah (SR) adalah di bawah umur 65 tahun.
2. Keutamaan kepada penduduk wilayah KEJORA
3. Sihat tubuh badan
4. Boleh membaca, menulis dan mengira
5. Bebas daripada pengaruh dadah dan alcohol
6. Peserta hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kimpalan 1G / 3G dari institusi yang diiktiraf.
7. Tumpuan utama kepada peserta yang belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan dan masih belum mendapat pekerjaan.
Daftar permohonan anda melalui pautan di bawah sebelum atau pada 31 Mac 2023. Permohonan yang berjaya akan dipanggil untuk proses temuduga.
Borang pendaftaran boleh dimuat turun dengan melayari pautan
atau imbas kod QR yang disediakan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Encik Amir Hafizal – 07 884 3086
Cik Norniza – 07 884 3085
TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA!!
DAFTAR SEGERA!!