SAMBUTAN HARI SETIAUSAHA TAHUN 2018 KEJORA DISAMBUT MERIAH!
Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Sambutan Hari Setiausaha KEJORA Tahun 2018 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 29-30 April 2018 yang lalu.
Objektif Sambutan Hari Setiausaha ini adalah untuk menghargai dan memberi memberi satu pengertian cukup bermakna bagi mereka yang bergelar setiausaha; menanam integriti dan budaya kerja yang lebih berhemah di kalangan para setiausaha; melahirkan setiausaha yang dikagumi kerana kerja dan komitmen, disanjung kerana penampilan dan ketertiban semasa menjalankan tugas dan untuk mengeratkan silaturahim antara setiausaha dan Pengurus Bahagian/Ketua Unit.
Terdapat tiga (3) segmen utama aktiviti Sambutan Hari Setiausaha KEJORA Tahun 2018. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah Pertandingan Tenpin Boling Beregu Setiausaha yang telah diadakan pada 29 April 2018 (Ahad) bertempat di Arena Boling Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI). Acara yang dimulakan pada jam 10:00 pagi itu menyaksikan pertembungan lapan (8) pasangan beregu Setiausaha yang bermain sebanyak empat (4) frame perlawanan.
Segmen kedua pula adalah Bengkel Secretary Grooming & Etiquette yang diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 29-30 April 2018 bertempat di Sand & Sandals Resort & Spa Desaru Beach yang berobjektifkan – Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk melahirkan Setiausaha yang lebih profesional dengan meningkatkan Keyakinan, Kewibawaan & Karisma (3K) diri.
Segmen ketiga pula adalah Majlis Makan Malam Setiausaha KEJORA 2018 yang diadakan pada 29 April 2018 bertempat di Pearl Hall, Sand And Sandals Hotel Resort Desaru dengan tema yang berkonsepkan Busana Tradisi: “Kembali Ke Zaman Kesultanan Melayu” turut meriah dengan penampilan para setiausaha dan pihak pengurusan dalam menampilkan ciri-ciri busana kemelayuan tradisi pada malam tersebut. Majlis yang diserikan dengan kehadiran YBrs. En. Norazman bin Othman, Pengurus Besar KEJORA yang turut memberi cenderahati kepada semua Setiausaha Pejabat di KEJORA.
Majlis tersebut turut meriah dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Tenpin Boling Setiausaha KEJORA 2018 yang dimenangi oleh Pasukan Boling Beregu Pn. Noor Anisah binti Hj. Sihes dan Cik Suhaila binti Sulaiman, Penyampaian cenderahati daripada Ketua Bahagian/Unit kepada Setiausaha masing-masing dan segmen Cabutan Bertuah. YBrs. En. Norazman bin Othman juga berbesar hati menyampaikan hadiah kepada Pn. Zabidah binti Md. Hairin, Setiausaha Bahagian Hartanah yang telah memenangi Busana Terbaik Mengikut Tema dengan menggayakan pakaian tradisi Puteri Perak.