πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπŠπƒπ– πŒπ„π‹π€π–π€π“ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π & ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π πŠπ„π‰πŽπ‘π€

πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ, πŸ“ 𝐌𝐚𝐜 – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun pada hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Johor Tenggara dan memulakan sesi lawatan hari kedua dengan melawat beberapa projek pembangunan iaitu:-
1. Pembangunan Kawasan Pertanian Sungai Mupor;
2. Pembinaan Hub-Agro Bersepadu KEJORA;
3. Pembinaan projek Pelancongan Desa Kompleks The Wetland Kampung Belukar Durian.
Pembangunan Ladang Fertigasi KEJORA atau Hub-Agro Bersepadu KEJORA telah dibangunkan dengan berkonsepkan pertanian berteknlogi tinggi yang akan dilengkapi dengan rumah lindungan hujan secara sistem fertigasi serta penggunaan Internet of Things (IoT). YBhg. Dato’ Sri KSU juga telah diberikan taklimat pembangunan keseluruhan projek.
Sebelum itu, YBhg. Dato’ Sri KSU telah dibawa ke Kawasan Pertanian Sungai Mupor dan telah meluangkan masa untuk meninjau salah satu projek tanaman sayuran berbuah iaitu petola ular dan lain-lain tanaman.
Selanjutnya, YBhg. Dato’ Sri KSU telah berkesempatan bersama-sama dalam program Ziarah Kasih dan telah menyampaikan Sumbangan Tabung Ekonomi Burung Walit di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) kepada 2 buah keluarga e-kasih di Kampung Belukar Durian termasuk barangan keperluan harian.
Lawatan mesra YBhg. Dato’ Sri KSU diteruskan dengan lawatan ke tapak pembinaan projek Pelancongan Desa Kompleks The Wetland Kampung Belukar Durian. Di sini, YBhg. Dato’ Sri KSU telah diberikan taklimat ringkas mengenai komponen projek antaranya pembinaan menara tinjau, pembinaan jeti bot penumpang, pejabat & kiosk, surau dan taman permainan. Antara objektif utama pembangunan Kompleks The Wetlands adalah untuk menjana dan meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk kampung dalam usaha memenuhi kehendak dan keperluan serta keselesaan para pengunjung. YBhg. Dato’ Sri KSU juga berkesempatan menaiki bot pelancong KEJORA untuk menulusuri Sungai Sedili Kecil yang kaya dengan Udang Galah menuju ke Pusat Penetasan & Ternakan Belangkas Sedili Kecil.
Program lawatan mesra YBhg. Dato’ Sri KSU ke KEJORA telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Sedili Besar.
Turut hadir di dalam lawatan ini adalah Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengarah PKN Negeri Johor, En. Khairudin bin Hj. Abdullah, Timbalan SUB Penyelarasan & Pemantauan, Tn. Hj. Abd. Jalil bin Ismail, CEO Anak Syarikat KEJORA, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Seluruh Warga KEJORA mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri KSU KKDW atas kesudian mengadakan lawatan mesra ke Wilayah Johor Tenggara.