πŠπ”π‘π’π”π’ πŠπ„π”π’π€π‡π€π–π€ππ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 π‘πˆπ†π‡π“ (𝐏𝐒𝐑@πŠπŠπƒπ–) 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒπ€π’π€π‘π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πƒπ„π’π€πŒπ€π‹π‹@πŠπ„π‰πŽπ‘π€

PUTRAJAYA – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Ekonomi & Usahawan telah mengadakan Kursus Keusahawanan Program Start Right (PSR@KKDW) yang dibimbing oleh Coach Bahar dan Program Pemasaran Digital Desamall@KEJORA bersama En Khaireel Azlee bin Abdul Aziz (Boss Kay) bermula 26 hingga 28 Ogos 2024 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Kursus yang dirasmikan oleh Encik Sh. Khayulzahri bin Sh. A.Roaf, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan mewakili Pengurus Besar KEJORA ini telah disertai seramai 35 orang usahawan Wilayah KEJORA serta diisi dengan pelbagai pengisian modul antaranya Pengurusan Asas Perniagaan, Pengurusan Kewangan, Asas Pemasaran dan Jualan, Teknik Pemasaran melalui aplikasi TikTok serta Pembangunan Produk. Dalam pada itu, sebanyak 25 pembungkusan produk baharu dan bahan promosi di bawah Program Transformasi Kualiti Produk (KEJORA Best) telah diserahkan kepada para usahawan dalam program ini.
Turut hadir di dalam majlis perasmian adalah YBrs. Puan Kartini binti Abu Kasim, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KKDW, Penceramah Dr Baharuddin bin Mohamed (Coach Bahar) & Perunding PTKP, En Yusman bin Hj Kasiron dari YUCO Creations.
Menjadi harapan KEJORA agar inisiatif serta ilmu yang dikongsikan oleh KEJORA serta perunding yang dilantik menjadi dorongan kepada semua usahawan dalam usaha menembusi pasaran tempatan serta luar negara selari dengan visi KEJORA to Global.
“BERNIAGALAH, kerana 9 dari 10 pintu REZEKI itu ada dalam Perniagaan’- HR AHMAD

#PenerajuTerasKemakmuran