MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH, LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) BIL 2 TAHUN 2024

Mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Bilangan 2 Tahun 2024 telah diadakan pada 29 Ogos 2024.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA.
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Pengerusi menyatakan bahawa, di sebalik kepesatan perkembangan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), human touch masih relevan sebagai elemen penting dalam kejayaan sesuatu matlamat. Kakitangan KEJORA perlu mengamalkan pendekatan human touch yang berkesan dalam menyantuni masyarakat luar bandar Wilayah KEJORA.
Mesyuarat turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah yang terdiri; YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Ahli Dewan Negara Merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Merangkap ADUN Tanjung Surat, YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi, YBrs. Tuan Ahmad Bin Tuan Wil, Setiausaha Bahagian Prasarana, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, YBhg. Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah Dan Galian Johor, YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang, YBhg. Tuan Haji Ahmad Nazir Bin Haji Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, YBhg. Datuk Haji Mohd. Lassim bin Burhan dan YBrs. Encik Murad bin Jailani.
Hadir sama adalah Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA serta barisan Pengurusan Kanan KEJORA.
Pihak KEJORA merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KEJORA kerana kesudian melapangkan masa bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah pada sesi kali ini. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini akan terus terjalin demi kejayaan yang lebih unggul di masa hadapan.