PERTANDINGAN HIASAN BANGUNAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 67, PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2024
Pertandingan Hiasan Bangunan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67, peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2024 Anjuran Majlis Perbandaran Pengerang
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 67, KEJORA tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan Hiasan Bangunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bagi Kategori Jabatan Kerajaan.
Sesi penjurian yang dibarisi oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi, JKR Kota Tinggi dan MPP telah diadakan pada 26 Ogos 2024.
KEJORA telah membangunkan sudut “Jiwa Merdeka” bersempena tema Hari Kemerdekaan tahun 2024 iaitu “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka” dengan memaparkan simbolik suasana keceriaan dan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan. Bendera-bendera Malaysia dan Negeri Johor telah dikibarkan dengan gahnya di sekeliling bangunan Ibu Pejabat KEJORA bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan.
KEJORA turut menggunakan bahan-bahan terpakai bagi mewujudkan arca atau simbolik kemerdekaan sebagai salah satu aspek yang dinilai dalam pertandingan tersebut.
Bagi memeriahkan suasana, barisan anggota KEJORA yang berpakaian tradisional berbilang kaum di Malaysia telah menyambut ketibaan panel juri yang sekaligus memaparkan Jiwa Merdeka yang menepati tema Hari Kebangsaan.