πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆππ€πƒπ€π‡ 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ (πŒπ€ππ‘π€π) πŸπŸŽπŸπŸ’

BANDAR PENAWAR, 17 Jun – Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha 1445H, KEJORA telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban (MAQRAB) 2024 di Pusat Penyembelihan Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Johor.
Program yang dijalankan secara kerjasama strategik antara KEJORA, ALIYAH RIZQ HOLDING PTE LTD, MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH serta Masjid As-Syifa Bandar Penawar telah bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha dengan 100 ekor kambing dan 40 ekor lembu berjaya ditumbangkan.
MAQRAB 2024 ini turut dihadiri oleh Pengurusan KEJORA, Penggerak Kampung Wilayah KEJORA, AJK Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Klinik Kesihatan Bandar Penawar, RELA serta penduduk-penduduk Bandar Penawar yang sama-sama membantu melapah serta membahagikan daging korban.
Pembahagian daging korban pada hari ini merangkumi Golongan Asnaf, penduduk Bandar Penawar serta golongan memerlukan di kawasan sekitar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
β€œTiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
#PenerajuTerasKemakmuran