ππππππππ πππππ ππππ ππππππ π πππ ππππ – πππππππππ
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai Pameran Malaysia Truly Asia Travel Fair 2024 pada 2 hingga 4 Ogos 2024 bertempat di Our Tampines Hub, Singapura.
Pameran yang melibatkan 26 pempamer daripada pelbagai agensi dan pemain industri dari sektor pelancongan ini menarik minat pelbagai lapisan umur serta mendapatkan informasi serta harga terbaik sebelum bercuti dan melancong.
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA juga telah mengadakan lawatan ke rerurai pameran KEJORA serta sempat beramah mesra dengan pengunjung.
Program ini merupakan salah satu platform bagi mempromosikan produk eko-pelancongan luar bandar di Wilayah Johor Tenggara ke peringkat antarabangsa khususnya di Singapura.
KEJORA juga telah menjemput operator pelancongan iaitu Belungkor Adventure Sdn Bhd bagi menyertai pameran sebagai salah satu pendedahan kepada operator pelancongan dalam mempromosikan produk pelancongan luar bandar serta melebarkan ruang lingkup ekonomi penduduk tempatan.
Semoga program promosi seperti ini terus digarap dalam usaha KEJORA membantu mempromosikan Tahun Melawat Johor 2026.