SESI KUNJUNGAN HORMAT KEJORA KE KUMPULAN PRASARANA RAKYAT JOHOR (KPRJ)

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan satu Sesi Networking dan Lawatan Kerja ke Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pada 4 Ogos 2024 di Ibu Pejabat KPRJ, Nusajaya.
Lawatan yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA turut disertai oleh barisan Pengurusan KEJORA serta Pengurusan KEJORA Development Holding Sdn Bhd. Deligasi KEJORA telah diberikan taklimat oleh Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ.
Deligasi KEJORA juga turut bertukar-tukar pandangan berkenaan aspek tatacara, kaedah pelaksanaan, cabaran dan peluang berkenaan Skim Sewa Beli (Rent-To-Own) yang telah digunapakai oleh KPRJ.
Selain itu juga, lawatan ini merupakan serampang dua mata KEJORA dalam melihat peluang usahasama pelaburan bersama pihak KPRJ dengan meneroka potensi pelaburan baru yang tersedia oleh pihak KPRJ terutama di dalam bidang pembangunan dan pengurusan hartanah dengan penglibatan anak syarikat.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat KPRJ atas kesudian menerima kunjungan daripada KEJORA.
Semoga sesi lawatan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan yang mampan di Wilayah KJEORA terutama dalam bidang perumahan dan pembangunan hartanah.