ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒, πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & πˆπ…π“π€π‘ πŠπ„π‹π€π π€ππ†π†πŽπ“π€ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ (πŠπ€πŠ)

Bandar Penawar, 3 April – Bersempena dengan Bulan Ramadan 1445H, Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran serta Iftar yang berlangsung di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, Johor.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Daud bin Abd. Rahman dan Encik Abidullah bin S. Ali selaku Pengerusi Kelab Anggota KEJORA serta diteruskan oleh pembaca-pembaca di kalangan warga KEJORA. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil.
Majlis yang dirancang ini secara tidak langsung menggambarkan mesej yang jelas bahawa, di sebalik kesibukan melaksanakan tugas hakiki, KEJORA juga menitikberatkan keseimbangan elemen kerohanian dalam kalangan warga kerjanya. Ini amat penting bagi melahirkan warga kerja yang mempunyai nilai insaniah dan seterusnya menyumbang kepada budaya kerja terpuji dalam mengundang keberkatan Allah.
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya satu kebajikan. Satu kebaikan digandakan kepada sepuluh kebajikan. Aku tidak berkata alif lam mim itu satu huruf akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” – (HR Al-Tirmizi)
#kelabanggotakejora