Entries by

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŒπ€ππ“π€π”π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπ„π‰πŽπ‘π€ πŠπ„ π“π€ππ€πŠ ππ‘πŽπ‰π„πŠ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 ππ„ππ“π„π‘ππ€πŠπ€π 𝐋𝐄𝐁𝐀𝐇 πŠπ„π‹π”π‹π”π“ πƒπˆ πŠπ€πŒππ”ππ† 𝐁𝐀𝐑𝐔 π’π”ππ†π€πˆ π’π„π‹π”π˜π”π“

KOTA TINGGI, 5 Mac – Lawatan pemantauan bagi melihat dan memantau prestasi di tapak projek Pusat Penternakan Lebah Kelulut di Kampung Baru Sungai Seluyut, Kota Tinggi telah diadakan oleh Pengurusan KEJORA. Lawatan pemantauan projek yang diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA adalah untuk memastikan pihak kontraktor melaksanakan kerja-kerja […]

LAWATAN KERJA JAWATANKUASA AUDIT KEJORA KE LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA) SEMPENA MESYUARAT KOLABORASI JAWATANKUASA AUDIT KEJORA

PULAU PINANG, 27 Februari – Delegasi Jawatankuasa Audit KEJORA yang diketuai oleh YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit KEJORA telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Lawatan kerja turut dihadiri oleh YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, YBrs. Encik […]

SIMBOLIK SAMBUTAN BULAN RAMADAN 1446H | 2025

KOTA TINGGI, 28 Februari – Pengurusan KEJORA telah berbesar hati untuk menyumbang cenderahati berupa kurma kepada seluruh warga kerja KEJORA sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan 1446H/ 2025. Simbolik penyerahan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA sebagai tanda kemanisan dan kebersamaan meraikan bulan yang mulia ini. Pengurusan KEJORA […]

MESYUARAT PENYELARASAN PPRS KKDW DENGAN AGENSI PELAKSANA

KOTA TINGGI, 27 Februari – KEJORA berbesar hati menerima kehadiran delegasi Mesyuarat Penyelarasan PPRS KKDW dengan Agensi Pelaksana yang diadakan di Bilik Mesyuarat Penawar, Ibu Pejabat KEJORA. Mesyuarat yang diurusetiakan oleh Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BKR) KKDW turut melibatkan kehadiran semua Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan Agensi yang berkaitan. Kehadiran delegasi ini telah diraikan dengan Majlis […]

KEJORA MENDEKATI PENDUDUK DESA MELALUI PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM DAN SOSIAL

Bagi memastikan kemudahan awam dan sosial penduduk dapat dipertingkatkan, Pengurusan KEJORA yang diketuai oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) diiringi kepimpinan kampung telah melaksanakan program turun padang bagi melihat sendiri kerosakan balairaya di Kampung Semanggar, Kota Tinggi, balairaya di Kampung SC Jaya Sepakat, Layang-layang, Pusat Komuniti Desa dan gelanggang futsal di […]

πŠπ„πŒπ„π‘πˆπ€π‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 ππ„π‹π”ππ†πŠπŽπ‘ 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟏.𝟎 @ 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓 𝐅𝐄𝐒𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ“

KOTA TINGGI, 16 Februari – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah berjaya buat julung kalinya menganjurkan Program Belungkor Challenge 1.0 bersempena penganjuran Tanjung Surat Fest 2025. Program ini telah menarik penyertaan seramai 330 orang yang menjadikan acara ini lebih meriah. Program ini telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya acara pelepasan peserta yang telah disempurnakan […]

KUNJUNGAN HORMAT JURUTERA DAERAH JKR KOTA TINGGI KE PEJABAT PENGURUS BESAR LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

KOTA TINGGI, 14 Februari – Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Ir. Md. Azizi bin Dahlan, Jurutera Daerah JKR Kota Tinggi sebagai perkenalan dan tanda sokongan dalam menjayakan projek-projek pembangunan KEJORA di Daerah Kota Tinggi. Semoga kerjasama dapat diperkukuh dengan lebih erat demi kesejahteraan […]

DARI SYAABAN KE RAMADAN : MELANGKAH DENGAN JIWA YANG BERSIH

KOTA TINGGI, 14 Februari – Bagi mengambil keberkatan Nisfu Syaaban 1446H, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Integriti telah mengadakan Program Ceramah Pengukuhan Integriti Bil. 1 Tahun 2025 bertajuk Dari Syaaban ke Ramadan : Melangkah Dengan Jiwa Yang Bersih di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA. Ceramah Integriti Keagamaan ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz […]

SESI PENYERAHAN KUNCI PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS)

KLUANG, 12 Februari – KEJORA pada hari ini telah mengadakan Sesi Penyerahan Kunci kepada peserta Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di Kampung Bentong, Kluang, Johor. Peserta telah menerima bantuan sebuah rumah jenis papan 3 bilik bertiang bagi menghadapi risiko banjir pada masa akan datang. Majlis penyerahan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina […]

LAWATAN KERJA YB DATO’ HAJI MOHD JAFNI BIN MD SHUKOR, PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE PROJEK TAMAN PERMATA LAYANG, KLUANG, JOHOR

KLUANG, 05 Februari 2025 – Satu lawatan kerja oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke Projek Taman Permata Layang, Kluang, Johor telah diadakan dengan jayanya. Projek Taman Permata Layang, Kluang ini merupakan projek perumahan kampung tersusun yang dilaksanakan oleh Anak Syarikat Milik KEJORA. Lawatan kerja ini […]