BAZAR KOMUNITI KEJORA (BKK) & KEJORA SANTUN USAHAWAN (KSU)

23 HINGGA 24 JULAI 2022 | BANDAR TENGGARA | 8.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM
KEJORA melalui Unit Ekonomi & Usahawan telah mengadakan program Bazar Komuniti KEJORA (BKK) & KEJORA Santun Usahawan (KSU) dari 23 hingga 24 Julai 2022. Program telah berlangsung di perkarangan Pejabat KEJORA Bandar Tenggara dan Dewan KEJORA Bandar Tenggara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) merangkap Ahli Parlimen Tenggara.
Dalam ucapannya beliau menyatakan hasrat bahawa, perjuangan MOSTI adalah untuk merakyatkan sains dan menginsankan teknologi supaya ianya lebih dekat dengan rakyat di bandar atau luar bandar. Bagi menangani isu sekuriti makanan yang berkait dengan pertanian dan penternakan, MOSTI turut sama menyumbang dengan penawaran penyelesaian teknologi bagi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. MOSTI juga telah mengenalpasti 46 penyelesaian teknologi dan 27 daripadanya tersedia untuk dilaksanakan segera yang mana ianya terbahagi kepada beberapa kluster iaitu biji benih, biobaja dan baja penggalak, penggunaan dron dan robotik, perkhidmatan ujian dan aplikasi Internet Kebendaan (IoT), akuakultur serta makanan ternakan.
Antara program/aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari ini termasuklah Taklimat dari MyBUSRA, Bangkit Usahawan, Program Pemulih PERKESO, Pengurusan Kewangan Perniagaan Berhemah, Kongsi Rezeki dan Fiqh Zakat Perniagaan dan bantuan. Selain itu juga, dibuka juga gerai jualan, Program Usahawan Sihat, Funride dan mewarna kanak-kanak.
Semoga usaha ini dapat membantu usahawan KEJORA dalam mempromosikan jualan mereka serta mendapat pendedahan mengenai program serta kerjasama yang boleh dibuat bagi meningkatkan jualan usahawan.