BENGKEL KEUSAHAWANAN WANITA LUAR BANDAR : HOW TO MAKE YOUR 1ST MILLION TAHUN 2022

Melihat kepada keupayaan besar para wanita dalam menyumbang tenaga dan kepakaran dalam ekonomi serta keupayaan mereka untuk menjana pendapatan dalam bidang keusahawanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui KEJORA dan INFRA telah menganjurkan Bengkel Kusahawanan Wanita Luar Bandar : How to Make Your 1st Million.
Bengkel ini telah diadakan pada 26-28 Julai 2022, bertempat di KSL Hotel & Resort dan Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar pada 27 Julai 2022. Turut hadir, YBrs. Pn Annie Liaw, Timbalan Pengarah Latihan, Sektor Latihan, INFRA, En Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA serta Dato’ Suhaili binti Yosop, Pengarah Urusan DSY Consultant.
Seramai 42 usahawan wanita daripada golongan B40, M40, ibu tunggal mahupun wanita yang ingin membantu keluarga mencari pendapatan telah menghadiri program ini dan diberi bimbingan dengan ilmu, sistem, mentor dan “circle” berpandukan buku Manual Jutawan untuk meningkatkan jualan sehingga mencapai RM1juta pertama.
Terus Memperkasa Usahawan Wanita.
Tahniah dan syabas.