KEJORA terus berusaha merevolusi premis-premis milik KEJORA di Johor Tenggara. Komitmen ini ditunjukkan melalui kerja-kerja menaiktaraf premis di Kampung Tersusun Punggai dengan menekankan aspek kebersihan, pencahayaan serta kualiti perkhidmatan sebagai salah satu daya tarikan kepada pengunjung.
Usaha berterusan ini bukan sahaja mencerminkan usaha gigih KEJORA dalam usaha memberikan keselesaan maksimum kepada penyewa serta pengunjung, malah turut menyokong hasrat kerajaan Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
PENYERAHAN KIT BANTUAN BENCANA KEJORA
KOTA TINGGI, 26 September – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyerahkan kit bantuan bencana kepada mangsa ribut Wilayah Johor Tenggara pada 25 dan 26 September 2024.
YBrs. Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia mewakili Pengurusan KEJORA telah menyerahkan kit bantuan bencana kepada 32 Ketua Isi Rumah/wakil mangsa yang terlibat sepertimana berikut:-
Daerah Kota Tinggi
1. 18 buah rumah di Kampung Mawai Baru;
2. 1 buah rumah di Kampung Temenin;
3. 3 buah rumah di Kampung Semanggar Dalam; dan
4. 1 buah rumah di Kampung Rantau Panjang.
Daerah Kluang
1. 7 buah rumah Kampung Paya, Layang-Layang; dan
2. 2 buah rumah di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa bencana alam ini.
KEJORA mendoakan agar semua urusan mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah pada kali ini dipermudahkan oleh-Nya.
πππ₯ππ¦ ππππππ πππ«π¬ππ₯ππ°ππ πππ¦π©ππ§π ππππππ πππ«πππ€π π ππ¬ππ’π―ππ₯ ππππ
Malam KEJORA Berselawat menjadi acara penutup bagi Sambutan KEJORA Merdeka Festival di Pantai Tanjung Balau. Alunan nyanyian Qasidah ini telah diketuai oleh Kumpulan Ar-Rayyan.
Majlis pada malam ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Hajah Zihan Binti Ismail, YDP Majlis Perbandaran Pengerang, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Nurul Aishah Binti Mohamadon, Pengurus Kanan, Pemegang Taruh dan Projek Khas, Pengurusan KEJORA serta tetamu-tetamu jemputan.
Menariknya, Malam KEJORA Berselawat juga diadakan secara atas talian bersama Kampung-Kampung Wilayah KEJORA, Sekolah- Sekolah serta Seluruh penduduk Johor Tenggara dengan penyertaan seramai lebih dari 6000 umat Islam mengikuti acara kemuncak ini.
Semoga ianya menjadi asbab kepada ibadat kita kepadaNya.
e-Karnival Aspirasi Pendidik @ Muzium Nelayan
π¨ππππππππππππππ π
ππ πΊππππ π΄πππ
πππ!!
KEJORA melalui Bahagian Pelancongan dan Muzium Nelayan Tanjung Balau kembali dengan e – Karnival Aspirasi Pendidik @ Muzium Nelayan bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 67 bermula pada 16 Ogos hingga 16 September 2024 khusus kepada seluruh warga pelajar dan pendidik dalam Negeri JOHOR!
Ayuh daftar secara online dan serlahkan bakat kreativiti anda melalui pertandingan-pertandingan seperti berikut :-
Guru Idol (Terbuka Guru Seluruh Johor Sahaja) : https://shorturl.at/EYwVs
Pertandingan Video Kreatif (Terbuka Pelajar Sekolah Rendah Tahap 2 Negeri Johor Sahaja) :
Pertandingan Poster Digital (Terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 hingga 5, Sekolah Menengah dalam Negeri Johor sahaja) :
Pertandingan Kad Kreatif (Terbuka pelajar Tahap 1, Sekolah Rendah dalam Negeri Johor sahaja) :
Jadi, apa tunggu lagi, daftar segera!! Hadiah Wang Tunai Menanti Pemenang!


Selamat Berkarya!!!
“Malaysia Madani, Jiwa Merdeka”
πππππππ ππππππ ππππππ (πππ πππππππ)
Sekitar kemeriahan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang berlangsung di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor bermula 15 hingga 17 Ogos 2024.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) turut menyertai pameran bersama Rerurai KKDW dengan membawakan usahawan batik serta menyampaikan maklumat berkaitan KEJORA.
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan telah memberi tumpuan khusus kepada pelaksanaan dasar Ekonomi MADANI serta komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa rakyat, usahawan dan industri sejak setahun dilancarkan.
Turut diketengahkan pada program kali ini adalah aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, TVET dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI) dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk pameran aset-aset Kerajaan.
Selain itu, Jualan MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa bagi barangan keperluan harian turut disediakan untuk pengunjung.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang memeriahkan rerurai KEJORA dan KKDW.
ππππππ@πππππππ ππππππ ππππππ (πππ πππππππ)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat;
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA;
Dan
YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Anuar, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW)
atas kesudian berkunjung ke reruai KEJORA dalam Program MADANI Rakyat Zon Selatan.












































































































































