Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad

Pada hari ini, telah berlangsungnya Lawatan Kerja Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad Ke Parlimen Pengerang. Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Merangkap Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said; Pengerusi KEJORA, YB Dato’ Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh; Pengurus Besar KEJORA, YBrs.Tuan Haji A. Jalil bin Md Arsad; ADUN Kawasan Penawar, YB Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain; ADUN Kawasan Tanjung Surat, YB Dato’ Ir Syed Sis bin Syed Abdul Rahman dan wakil-wakil agensi.
Program dimulakan dengan Sesi Taklimat Pembangunan Projek Perumahan di Taman Penawar Harmoni dan Perumahan Tanjung Buai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA iaitu Encik Daud bin Abd Rahman. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lavender,Lotus Desaru Beach Resort.
Seterusnya adalah penyerahan jentera mini Kubota bertempat di Muzium Nelayan Tanjung Balau. YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad telah menyampaikan dua buah jentera mini Kubota kepada Encik Mohamad Suhaimi bin Abdul Rahim (Projek Tanaman Nanas MD-2) dan Koperasi Wawasan Kampung Tuan Seh Berhad (Projek Pertanian Bersepadu). Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk membantu usahawan tani di wilayah KEJORA yang telah melaksanakan projek-projek pertanian yang berdaya maju secara kecil-kecilan serta konsisten dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan lagi kearah pengeluaran yang lebih besar.

Guru Tabika, Taska Kemas perlu dipertimbang terima vaksin fasa satu

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

Tahniah diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Merekacipta Logo & Slogan sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Merekacipta Logo & Slogan yang telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara sempena Sambutan Jubli Emas KEJORA.

Perjanjian Pajakan Tanah Industri Antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA ) dengan Syarikat CKT Construction Sdn Bhd

Perjanjian Pajakan Tanah Industri Antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA ) dengan Syarikat CKT Construction Sdn Bhd telah ditandatangani pada hari ini oleh kedua-dua pihak.
Tanah industri ini yang terletak di kawasan Industri Bandar Penawar Fasa 2 yang dibangunkan oleh KEJORA merupakan pintu masuk utama iaitu menerusi Jalan Dato’ Onn seterusnya menjadikan ia antara kawasan industri yang strategik di Wilayah Pengerang.
Syarikat CKT akan memajukan tanah tersebut bagi tujuan industri ringan dan sederhana untuk tempoh pajakan 30 tahun. Pembangunan ke atas tanah industri akan mula dilaksanakan segera mulai tempoh 2 tahun daripada tarikh penerimaan tawaran.

Proses serah siap kerja baik pulih Jeti Kampung Tanjung Surat Kota Tinggi Johor

Proses serah siap kerja baik pulih Jeti Kampung Tanjung Surat Kota Tinggi Johor telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Jeti awam yang menjadi penghubung utama penduduk di Pulau Tanjung Surat telah mengalami kerosakan akibat ribut pada 20 September 2020 yang lalu. Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyenaraikan kerja-kerja baik pulih ini di bawah permohonan PAMS Pre 2020 dan telah diluluskan kepada KEJORA.
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk-penduduk di Pulau Tanjung Surat untuk menjalankankan aktiviti harian mereka.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2020

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menghantar penyertaan 2 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu kumpulan 360° dan PERDANA. Pada Konvensyen kali ini kumpulan KIK 360° dan PERDANA telah mendapat pengiktirafan Emas 5 Bintang. Lebih manis, kumpulan PERDANA turut dinobatkan sebagai 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam (Negeri). Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan. Semoga pencapaian ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.

Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Wilayah KEJORA oleh YB Dato’ Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh

Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Wilayah KEJORA oleh YB Dato’ Hj. Che Zakaria bin Mohd Salleh selaku Pengerusi KEJORA kepada 5 orang mangsa banjir di PPS Kampung Baru Sungai Mas pada 15 Disember 2020 (Selasa).

#luarbandarsejahtera
#kplb
#kejora

 

Majlis Penyampaian Tablet Program Pintar @ KPLB Wilayah KEJORA Tahun 2020

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Tablet Program Pintar @KPLB Wilayah KEJORA Tahun 2020 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau. Program Pintar@KPLB Wilayah KEJORA merupakan sebuah program berbentuk kelas bimbingan atau tuisyen tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar. Sebanyak 18 buah sekolah di sekitar Kota Tinggi, Kulai & Kluang telah terpilih bagi program tersebut.

Program Revolusi Integriti KEJORA Tahun 2020

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah izinNya maka berlangsung PROGRAM REVOLUSI INTEGRITI KEJORA Tahun 2020 selama 3 hari yang telah dirasmikan oleh Encik Daud Bin Abd Rahman bertempat di Trove Hotel Johor Bahru. Dengan terlaksananya program ini, selaku pegawai risiko bahagian di KEJORA akan lebih bermotivasi, berwibawa dan memiliki jati diri yang tinggi serta mempunyai kekuatan fizikal, minda dan emosi. Diharapkan program ini akan mencapai objektifnya serta mencapai matlamat dalam memantapkan lagi etika dan membudayakan nilai-nilai integriti di KEJORA.