𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 (𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍)

Sekitar kemeriahan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang berlangsung di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor bermula 15 hingga 17 Ogos 2024.
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) turut menyertai pameran bersama Rerurai KKDW dengan membawakan usahawan batik serta menyampaikan maklumat berkaitan KEJORA.
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan telah memberi tumpuan khusus kepada pelaksanaan dasar Ekonomi MADANI serta komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkasa rakyat, usahawan dan industri sejak setahun dilancarkan.
Turut diketengahkan pada program kali ini adalah aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, TVET dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan, kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI) dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk pameran aset-aset Kerajaan.
Selain itu, Jualan MADANI yang menawarkan potongan harga dan tawaran istimewa bagi barangan keperluan harian turut disediakan untuk pengunjung.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang memeriahkan rerurai KEJORA dan KKDW.

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀@𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 (𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat;
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA;
Dan
YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Anuar, Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW)
atas kesudian berkunjung ke reruai KEJORA dalam Program MADANI Rakyat Zon Selatan.

𝑳𝑬𝑵𝑺𝑨 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑲𝑬𝑫𝑼𝑨 𝑷𝑹𝑶𝑮𝑹𝑨𝑴 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰 𝑹𝑨𝑲𝒀𝑨𝑻 (𝒁𝑶𝑵 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑻𝑨𝑵)

Sekitar Sambutan Hari Kedua di reruai KKDW sempena PMR Zon Selatan.
Jom semua! Temui kami di reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersempena Program MADANI Rakyat (Zon Selatan) pada 15 hingga 17 Ogos 2024, mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, Johor.
Rebut peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dari KEJORA antaranya mencanting batik serta produk-produk usahawan KEJORA.
Ayuh! Jangan lepaskan peluang ini!

𝙆𝑬𝙅𝑶𝙍𝑨@𝑷𝙍𝑶𝙂𝑹𝘼𝑴 𝑴𝘼𝑫𝘼𝑵𝙄 𝙍𝑨𝙆𝒀𝘼𝑻 𝒁𝙊𝑵 𝑺𝙀𝑳𝘼𝑻𝘼𝑵

Warna warni kemeriahan aktiviti dan kehadiran pengunjung di reruai KEJORA.
Jom kita meriahkan reruai KEJORA. Dapatkan info berguna di reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Program MADANI Rakyat Zon Selatan.
🗓️ 15 – 17 Ogos 2024 (Jumaat – Ahad)
📌 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam (Jumaat & Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 6.00 petang (Ahad)
Anda semua dijemput hadir!

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 (𝐙𝐎𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍)

Sekitar Sambutan Hari Pertama di reruai KKDW sempena PMR Zon Selatan.
Jom semua! Temui kami di reruai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersempena Program MADANI Rakyat (Zon Selatan) pada 15 hingga 17 Ogos 2024, mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, Johor.
Rebut peluang untuk mendapatkan perkhidmatan dari KEJORA antaranya mencanting batik serta produk-produk usahawan KEJORA.
Ayuh! Jangan lepaskan peluang ini!

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐃𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐏𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 (𝐉𝐏𝐑) 𝐅𝐔𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀

Pada 13 dan 14 Ogos 2024 telah berlangsungnya Bengkel Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian KEJORA di Bilik Taklimat Ibu Pejabat KEJORA. Seramai 40 orang anggota KEJORA yang terdiri daripada Pengurus Bahagian, Ketua Unit, Pegawai dan Pembantu Tadbir Rekod telah menyertai bengkel ini.
Bengkel selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh Encik Saharudin bin Karsan, Ketua Seksyen Pelupusan Rekod, Arkib Negara Malaysia dan dibantu oleh Encik Mohd Rusyaidi bin Ruseli, Penolong Pegawai Arkib, Arkib Negara Malaysia Negeri Johor. Bengkel ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang penyediaan JPR dan langkah-langkah penyediaan yang betul berdasarkan panduan yang ditetapkan. Bengkel ini juga merupakan pusingan terakhir dalam melengkapkan pengurusan dan kitaran rekod di KEJORA.
Jutaan terima kasih kepada pihak Arkib Negara Malaysia dan semua ahli Jawatankuasa Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod KEJORA di atas kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan Bengkel Penyediaan Jadual Pelupusan Rekod (JPR) Fungsian KEJORA.
Semoga dengan adanya JPR Fungsian KEJORA ini, pengurusan rekod di KEJORA akan terus berada di tahap yang efisien dan sistematik bagi mematuhi kehendak Seksyen 27 (1), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆

BANDAR PENAWAR, 13 Ogos – Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA telah menerima kunjungan hormat dari Tn. Hj. Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang dan Encik Fa’iz bin Salehon, Yang DiPertua Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) di sini.
Kunjungan ini turut dijadikan platform oleh kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pelan pembangunan di Daerah Kluang khususnya dalam kawasan pentadbiran MDSR. Selain itu, kedua-dua pihak juga turut membincangkan isu-isu berkaitan tadbir urus yang timbul dan mengenalpasti tindakan remedi serta penyelesaian yang akan diambil.
Turut bersama adalah Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Kanan, Pemegang Taruh & Projek Khas, Cik Haslinda binti Abu Bakar, Pengurus Hartanah, Encik Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik, Encik Adam Malek bin Tugimin, Pegawai Undang-Undang serta Pegawai-Pegawai MDSR.
Semoga kunjungan ini menjadi asbab kepada pembangunan yang lebih holistik serta mampan di Daerah Kluang yang merupakan sebahagian dari Wilayah Johor Tenggara.

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐓

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) terus proaktif dalam melakukan pemantauan bagi melihat status pelaksanaan projek-projek pembangunan di Wilayah Johor Tenggara.
Satu lawatan tapak serta pemantauan projek-projek pembangunan pelancongan telah diadakan pada 13 Ogos 2024 di Pulau Tanjung Surat, Daerah Kota Tinggi, Johor.
Lawatan tapak serta pemantauan ini diketuai oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA. lawatan ini bertujuan untuk melihat serta merencana pembangunan baru serta pembangunan sedia ada yang boleh ditambah baik pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, KEJORA terus komited dalam menyiapkan infrastruktur pelancongan ke arah Tahun Melawat Johor 2026.
Terdahulu, Pengurus Besar KEJORA telah menerima penyerahan projek-projek pembangunan pelancongan dari pihak kontraktor kepada KEJORA yang telah siap sepenuhnya seperti:-
1. Penyerahan projek Laman Bakau @ Pulau Tanjung Surat
2. Penyerahan Projek Galeri Bakau @ Pulau Tanjung Surat
3. Penyerahan Projek Galeri Jong @ Pulau Tanjung Surat
4. Penyerahan Projek Galeri Warisan @ Pulau Tanjung Surat
Turut hadir di dalam lawatan ini adalah Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Kanan, Pemegang Taruh & Projek Khas, Encik Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik, Puan Suraya Hani bin Sharan, Pengurus Pelancongan, Encik Mohamad Azrul bin Shari, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Wakil dari Perancang Bandar dan Pembangunan Projek serta anggota Bahagian Pelancongan.
Menjadi harapan KEJORA agar perancangan pembangunan di Pulau Tanjung Surat ini mengikut kepada tempoh serta sela masa yang telah ditetapkan.

𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟐 𝐌𝐒 𝐈𝐒𝐎𝟗𝟎𝟎𝟏:𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menjalani Audit Pemantauan ke-2 (Surveillance Audit 2) MS ISO 9001:2015 Tahun 2024 yang dikendalikan oleh Encik Mohd Hisyam bin Mahadi selaku Ketua Juruaudit dan Puan Kamsiah binti Mansoor, Juruaudit dari SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.
Jutaan terima kasih kepada Pengurusan KEJORA dan semua anggota yang terlibat di atas kerjasama dan komitmen serta sokongan dalam menjayakan sesi audit pemantauan kali ke 2 pada kali ini.

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐑𝐔𝐋𝐘 𝐀𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐑𝐀𝐕𝐄𝐋 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐎𝐑𝐄

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Bahagian Pelancongan telah menyertai Pameran Malaysia Truly Asia Travel Fair 2024 pada 2 hingga 4 Ogos 2024 bertempat di Our Tampines Hub, Singapura.
Pameran yang melibatkan 26 pempamer daripada pelbagai agensi dan pemain industri dari sektor pelancongan ini menarik minat pelbagai lapisan umur serta mendapatkan informasi serta harga terbaik sebelum bercuti dan melancong.
Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA juga telah mengadakan lawatan ke rerurai pameran KEJORA serta sempat beramah mesra dengan pengunjung.
Program ini merupakan salah satu platform bagi mempromosikan produk eko-pelancongan luar bandar di Wilayah Johor Tenggara ke peringkat antarabangsa khususnya di Singapura.
KEJORA juga telah menjemput operator pelancongan iaitu Belungkor Adventure Sdn Bhd bagi menyertai pameran sebagai salah satu pendedahan kepada operator pelancongan dalam mempromosikan produk pelancongan luar bandar serta melebarkan ruang lingkup ekonomi penduduk tempatan.
Semoga program promosi seperti ini terus digarap dalam usaha KEJORA membantu mempromosikan Tahun Melawat Johor 2026.