5 AGENDA BESAR JADI TUMPUAN KKDW TAHUN INI

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di Grandball Room, Premiera Hotel pada hari ini.
YAB Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah menyampaikan ucaptama di majlis ini. Dalam ucapannya, beliau telah menggariskan tujuh langkah utama yang perlu digarapkan oleh semua warga KKDW antaranya:-
1. Proaktif Dalam Melaksanakan Tugasan;
2. Mencipta Idea di Luar Kebiasaan;
3. Meluncur Dengan Strategi;
4. Komited Mencapai Matlamat;
5. ‘Follow-up, Follow Through’;
6. Pemasaran Berkesan; dan
7. Perbaiki dan Refleks.
Selanjutnya, YAB TPM juga turut menekankan lima fokus utama yang harus menjadi tumpuan agenda Kementerian antaranya:-
1. Memperkasa dan Mempromosi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
2. Memangkin Pembangunan Halal Negara.
3. Memperkasa Agenda Huffaz Negara.
4. Menyantuni Agenda Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB).
5. Menyelami Nadi Ekonomi Gig Negara.
Senada dengan keyakinan YAB TPM, bahawa dengan dedikasi dan komitmen semua warga KKDW termasuk KEJORA, perubahan yang signifikan dan memberi manfaat besar kepada masyarakat khususnya warga desa akan dapat dicapai.
Majlis perhimpunan pada hari juga menyaksikan persembahan daripada 2 agensi di bawah KKDW iaitu KEJORA dan MARA. KEJORA telah membawakan teater muzikal bertajuk ‘Secubit The Muzikal’ yang mana ianya berkisar mengenai evolusi perubahan kehidupan yang bermula dari kehidupan petani sehingga menjadi usahawan rempah.
Turut hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW ini ialah YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohammed Anuar, Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Datuk Mas Rizal bin Helmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, Ketua-Ketua Agensi KKDW, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KKDW, Pengurusan KEJORA, Pengurusan MARA serta anggota KEJORA.

SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA TAHUN 2024

Sebagaimana kisah penghijrahan Nabi Muhammad SAW, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mencetuskan idea yang diumpamakan sebagai sebuah kisah penghijrahan oleh para peneroka awal FELDA dari kampung halaman dan masuk ke tanah-tanah rancangan FELDA telah berjaya merevolusikan pembangunan tanah serta meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat.
Inilah yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari Peneroka FELDA 2024 di MAEPS, Serdang.
Warga KEJORA juga tidak ketinggalan memeriahkan Sambutan Hari Peneroka FELDA yang ke-68 Tahun 2024
Sekelung tahniah kepada FELDA Teloi Kanan, Wilayah Alor Setar yang telah berjaya memenangi Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2024.

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒.𝐀.𝐏 𝟒 𝐇𝐀𝐍𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌

Sebagai salah satu usaha untuk memperkasakan tadbir urus dan meningkatkan produktiviti pengurusan kewangan dan perakaunan KEJORA, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah mengadakan Kursus Pemantapan Sistem Kewangan S.A.P 4 HANNA KEJORA yang mengkhususkan kepada sesi latihan pengguna sistem bermula dari 4 hingga 6 Julai 2024 di Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil. Beliau turut menyertai kursus ini bersama kakitangan Bahagian Kewangan dan Bahagian Teknologi Maklumat. Manakala pihak Innovation Associates Consulting (IAC) Sdn Bhd selaku konsultan sistem S.A.P 4 HANNA bertindak sebagai pemudahcara kursus.
Antara pengisian yang telah disampaikan ketika sesi latihan yang dijalankan adalah menyentuh tentang pengurusan dan perakaunan sistem hasil, belanja dan belanjawan yang lebih efisyen serta dapat membantu meminimumkan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah kepada proses kerja.
Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif IAC Sdn Bhd, Encik Mazlan Tuhiman dan Pengarah Bahagian Penghantaran IAC Sdn Bhd, Encik Md Husaimi Abd Wahab.
Semoga kursus pemantapan sistem kewangan yang telah diadakan ini mampu menjadi pemangkin dalam memberi nilai tambah kepada semua peserta selaku pengguna Sistem S.A.P secara terus dan selanjutnya dapat meningkatkan produktiviti dan penghasilan mutu kerja yang lebih baik khususnya di dalam pengurusan kewangan dan perakauan di KEJORA.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 – 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐢𝐭 𝐂𝐫𝐮𝐢𝐬𝐞 & 𝐁𝐞𝐥𝐮𝐧𝐠𝐤𝐨𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐢𝐬𝐞

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐄𝐂𝐎𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌: 𝐄𝐤𝐬𝐩𝐥𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚𝐣𝐚𝐝𝐢
Nikmati keindahan alam semulajadi di dalam Wilayah KEJORA!
Penyerahan Bot Pelancongan kepada Koperasi Gerak Daya Wawasan Tanjung Serindit Kota Tinggi Berhad dan Koperasi Belungkur Berhad telah diadakan pada hari ini 9 Julai 2024 bertempat di Balairaya Kampung Tanjung Serindit. Penyerahan bot pelancongan ini melibatkan 2 koperasi kampung sebagai penerima iaitu Koperasi Gerak Daya Wawasan Kampung Tanjung Serindit Kota Tinggi Berhad dan Koperasi Belungkor Berhad dengan masing masing menerima sebuah bot pelancongan yang diberi nama Serindit Cruise dan Belungkor Cruise.
Majlis penyerahan 2 buah bot pelancongan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor, ADUN Tanjung Surat merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA. Di dalam ucapannya, Yang Berhormat menyatakan, penyerahan bot pelancongan ini merupakan salah satu inisiatif pihak KEJORA dalam memperkasa dan mempromosikan produk pelancongan luar bandar yang berkonsepkan eco tourism. Beliau menambah, pihak koperasi harus bijak memainkan peranan serta menggunakan bot ini dalam meningkatkan ekonomi setempat serta menjadiakn kampung masing-masing sebagai satu lokasi tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Semoga dengan penyerahan bot pelancongan KEJORA ini, kedua-dua koperasi akan dapat meningkatkan lagi pendapatan serta mempromosikan ekopelancongan luar bandar selain dapat memperkenalkan pelancongan luar bandar berasaskan alam semulajadi.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐋𝐎𝐓 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐅𝐄𝐑𝐓𝐈𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐈𝐍𝐆 (𝐈𝐎𝐓)

Pada 2 Julai 2024 (Selasa), pihak KEJORA telah mengadakan lawatan ke plot kajian penanaman secara sistem Internet of Thing (IoT) di Jabatan Pertanian Serdang.
Lawatan kerja ini diketuai oleh YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA dan diiringi oleh Pengurusan KEJORA serta Pegawai-pegawai KEJORA.
Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mendapatkan penerangan dan pendedahan berkaitan penggunaan sistem Internet Pelbagai Benda (IPB) atau Internet of Things (IoT) dalam mengawal dan memantau aktiviti tanaman yang diusahakan iaitu tanaman melon secara fertigasi. Sehubungan itu, melalui telefon pintar, ianya dapat mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti penjagaan tanaman tanpa mengira di mana kita berada.
Penggunaan IoT ini sangat menjimatkan masa mengurus tanaman sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga kerja dan seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam lawatan ini.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐊𝐄 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐘𝐒𝐀) 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍

Pada 2 Julai 2024, KEJORA telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pengurusan Pembangunan Pertanian di Agensi Angkasa Malaysia, Kuala Lumpur yang bertujuan mendapatkan khidmat nasihat serta penerangan mengenai peranan dan perkhidmatan pihak MYSA yang boleh dikongsi dan digunapakai di dalam pengurusan dan pembangunan KEJORA terutamanya dalam kerja-kerja pemantauan pembangunan kawasan, penyimpanan data-data dan pengezonan kawasan terutamanya dalam bidang pertanian dengan menggunakan teknologi angkasa imej satelit remote sensing serta lain-lain yang berkaitan.
Program ini diketuai oleh YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA dan diiringi oleh Pengurusan KEJORA serta Pegawai-pegawai KEJORA.
Terima kasih kepada Y.Bhg. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (R&D), Agensi Angkasa Malaysia yang telah sudi menyantuni deligasi dari KEJORA serta menyampaikan sedikit perkongsian berkaitan peranan, sumbangan serta khidmat nasihat yang boleh dikongsikan oleh Agensi Angkasa Malaysia.
Semoga segala perkongsian serta pertukaran idea ini dapat meningkatkan lagi perkhidmatan di KEJORA khususnya dalam bidang pengurusan pertanian serta meningkatkan kerjasama strategik di antara KEJORA bersama agensi-agensi kerajaan.

𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈 𝐈𝐒𝐎/𝐈𝐄𝐂 𝟐𝟕𝟎𝟎𝟏 : 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 (𝐈𝐒𝐌𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

BANDAR PENAWAR, 3 Julai – Alhamdulillah, pada hari ini, KEJORA telah dianugerahkan pensijilan Semula dan Peralihan Versi ISO/IEC 27001 : 2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Sesi Pengauditan Pensijilan Semula ISO/IEC 27001 : 2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) yang telah diadakan bermula 1 hingga 3 Julai 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Balau oleh Pasukan Juruaudit dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit Pensijilan ISMS telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir selaku Ketua Pegawai Digital (CDO) KEJORA.
Skop pengauditan ini adalah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Sistem Electronic Procument Ready Online (ePRO), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga KEJORA yang telah memastikan proses pengauditan berjalan dengan lancar dan memberikan komitmen yang baik kepada pasukan juruaudit.

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀, 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍, 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐀𝐊𝐈𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀

DESARU, 1 Julai – Dalam usaha memantapkan tatakelola pengurusan perolehan KEJORA, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah mengadakan Kursus Tatacara Perolehan Sebut Harga, Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja bermula dari 30 Jun hingga 1 Julai 2024 bertempat di Els Club, Desaru.
Sesi perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh YBhg. Sr Hjh Hashimah binti Harun daripada Velvet Platinum. Antara pengisian yang telah diadakan sepanjang kursus ini adalah pematuhan kepada tatacara penyediaan dokumen, tatacara dan kaedah perolehan, pematuhan kepada pentadbiran kontrak termasuk kuasa dan had perolehan. Selain itu juga, turut disentuh adalah isu kontrak impak daripada pandemik Covid-19.
Semoga kursus yang diadakan ini memberi manfaat dan menambah kefahaman kakitangan KEJORA dalam pengurusan perolehan KEJORA.

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 (𝐎𝐀𝐂𝐏) 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

Pada 26 hingga 27 Jun 2024, pihak KEJORA melalui Unit Integriti telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula Pelan Antirasuah Organiasi (OACP) KEJORA Tahun 2024 bertempat di Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau yang dianggotai peserta daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional seramai 40 orang termasuk urusetia bengkel.
Bengkel ini telah menggunakan pemudah cara iaitu PsK Sorfina Izzati binti Mohd Said, Penguasa Kanan, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM yang terlibat semasa membangunkan OACP KEJORA pada tahun 2021.
Antara objektif bengkel ini adalah menghasilkan OACP edisi semakan semula yang dapat dijadikan rujukan terkini dalam pengurusan rasuah di KEJORA. Selain itu, penganjuran bengkel ini dapat mematuhi National Anti-Corruption Plan (NACP) 2019-2013 yang mewajibkan Badan Berkanun untuk membangunkan OACP yang merupakan Dokumen Dasar Anti Rasuah Organisasi.
Penyampaian cenderahati kepada pemudah cara bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Pelancongan mewakili Pengurusan KEJORA.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga dengan ilmu yang diperolehi dari kursus ini, akan memberikan manfaat kepada semua peserta.

KURSUS TEKNOLOGI RETORT : PROSEDUR OPERASI STANDARD PEMPROSESAN PES MAKANAN TAHUN 2024

Kursus Teknologi Retort: Prosedur Operasi Standard Pemprosesan Pes Makanan telah diadakan pada 28 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di IEJA Food Industries Sdn Bhd, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En Sh Khayulzahri Bin Sh A. Raof, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA. Turut hadir sama, Encik Hasanol Bolkiah Bin Hj Zainal, Pengurus FAMA Daerah Kuala Pilah dan Puan Siti Hajar Husnan, Pengarah Urusan IEJA Food Industries Sdn Bhd.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan untuk pemprosesan sesuatu produk makanan dan minuman yang mampu bertahan sehingga setahun atau lebih (teknologi retort).
Usahawan juga mempelajari secara praktikal proses pembungkusan yang boleh diaplikasikan kepada produk usahawan bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan berdaya saing. Seramai 20 usahawan makanan dan minuman telah menghadiri kursus ini.
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan KEJORA