PELAWAAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) TAHUN 2024

PERMOHONAN
1.Β  Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/vWM3NhKM3VmDCb36A , atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.

2. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JULAI 2024 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripadaΒ  Β  Β  Β  Β tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
4. Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalahΒ  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  dianggap TIDAK BERJAYA.
5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau
Β 07-8843156.

 

IKLAN SBPK 2024 Borang Permohonan SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) 2024

PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2024

PERMOHONAN
1. Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/LRumPGYEGzg3eFaw6 atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.

2. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke pertanian@kejora.gov.my.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JULAI 2024 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripadaΒ  Β  Β  Β  Β tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
4. Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalahΒ  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  dianggap TIDAK BERJAYA.
5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau
Β  Β  07-8843159.

IKLAN STAg 2024 Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2024

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰π€π‘πˆππ†π€π 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 πŠπ„π‰πŽπ‘π€ (𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀) 𝐃𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍

Program Jaringan Usahawan KEJORA (JUARA) Siri 3/2024 serta Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan telah diadakan pada 19 Jun 2024 (Rabu) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor.
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Sh Khayulzahri bin Sh A. Raof, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan KEJORA. Progam JUARA merupakan satu inisiatif untuk pendaftaran usahawan baharu, membimbing dan memberi pendedahan kepada para usahawan secara _one-on-one_ bagi mengembangkan perniagaan, mengenal pasti masalah, isu serta cadangan penyelesaian.
Selain itu, memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, hebahan berkaitan geran bantuan Kerajaan, pembiayaan serta akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan daya saing dan kelestarian perniagaan.
Turut diadakan pada hari ini juga adalah Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan. Program pada hari ini juga mendapat penyertaan dari beberapa agensi seperti TEKUN Nasional, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan ICYM TVET Centre.
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan KEJORA.

IKLAN TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA KEJORA BIL. 1/2024

  1. Tempoh tawaran permohonan ini adalah sebagaimana berikut:

Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Tarikh MulaΒ Β Β Β Β  : 25 Jun 2024 (SELASA)

Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Tarikh TutupΒ Β Β  : Β Β 8 Julai 2024 (ISNIN)

2. Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bumiputera;
  • Penduduk / Pengusaha di dalam Wilayah KEJORA (Bandar Baharu KEJORA, FELDA, kampung tradisional & kawasan sekitar); dan
  • Permohon baru atau sedang menjalankan perniagaan.

3. Pemohon baharu adalah dinasihatkan agar membuat semakan & lawatan ke atas premis yang berkenaan sebelum mengemukakan permohonan.

4. Dokumen-dokumen PERLU dimuatnaik bersama Borang Permohonan Sewaan Premis adalah sebagaimanaberikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Pendaftaran SSM (Borang A atau D termasuk maklumat perniagaan & makluman pemilik masa kini)
  • Salinan Borang 9, Borang 24 & Borang 49 (jika pendaftaran syarikat atau Sdn. Bhd.)
  • Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
  • Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir) ATAU Salinan Buku Simpanan Bank (butir akaun & baki akhir)
  • Salinan sijil atau dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh seperti Persijilan HALAL, penyertaan kursus & lain-lain)
  • Salinan sijil akademik tertinggi

Nota** Dokumen-dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Penduduk/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan ke atas

5. Sila lengkapkan borang permohonan di https://forms.gle/NF85LbpYvVffeES3A sebelum atau pada 8 Julai 2024 sebelum pukul 5.00 petang.

6. Permohonan yang tidak lengkap & tidak mengemukakan dokumen-dokumen di atas akan dikira TERBATAL serta tidak akan diproses.

7. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Ekonomi & Usahawan KEJORA di talian 078843036.

 

IKLAN PREMIS BIL12024

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πˆππ€πƒπ€π‡ 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ (πŒπ€ππ‘π€π) πŸπŸŽπŸπŸ’

BANDAR PENAWAR, 17 Jun – Bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha 1445H, KEJORA telah mengadakan Majlis Ibadah Qurban (MAQRAB) 2024 di Pusat Penyembelihan Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Johor.
Program yang dijalankan secara kerjasama strategik antara KEJORA, ALIYAH RIZQ HOLDING PTE LTD, MADRASAH ALSAGOFF AL-ARABIAH serta Masjid As-Syifa Bandar Penawar telah bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha dengan 100 ekor kambing dan 40 ekor lembu berjaya ditumbangkan.
MAQRAB 2024 ini turut dihadiri oleh Pengurusan KEJORA, Penggerak Kampung Wilayah KEJORA, AJK Masjid As-Syifa Bandar Penawar, Klinik Kesihatan Bandar Penawar, RELA serta penduduk-penduduk Bandar Penawar yang sama-sama membantu melapah serta membahagikan daging korban.
Pembahagian daging korban pada hari ini merangkumi Golongan Asnaf, penduduk Bandar Penawar serta golongan memerlukan di kawasan sekitar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
β€œTiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
#PenerajuTerasKemakmuran

π€π”πƒπˆπ“ πƒπ€π‹π€πŒπ€π π’πˆπ’π“π„πŒ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ (πˆπ’πŒπ’) – πˆπ’πŽ/πˆπ„π‚ πŸπŸ•πŸŽπŸŽπŸ:𝟐𝟎𝟐𝟐 πŠπ„π‰πŽπ‘π€

BANDAR PENAWAR, 13 Jun – Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2022 KEJORA telah diadakan bermula pada 11 hingga 13 Jun 2024.
Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan Audit Dalaman ISMS telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir selaku Ketua Pegawai Digital (CDO) KEJORA.
Skop pengauditan ini adalah Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Sistem Electronic Procument Ready Online (ePRO) 3.0, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara.
Program ini adalah sebahagian daripada persediaan bagi peralihan ISMS KEJORA ke piawaian terkini daripada ISO/IEC 27001:2013 kepada ISO/IEC 27001:2022.
Terima kasih kepada semua warga KEJORA yang telah memastikan proses pengauditan berjalan dengan lancar dan memberikan komitmen yang baik kepada Juruaudit.

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN) KKDW ADAKAN LAWATAN KE PROJEK PROSPEK MUKIM JORAK PANCHOR.

PAGOH, 11 Jun – Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW), YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Penternakan Arnab di bawah Program PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar pada hari ini..
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat pembangunan projek serta potensi ternakan arnab di Mukim Jorak Panchor. YBhg. Datuk TKSU berpandangan, projek ternakan Arnab yang dijalankan ketika ini mampu memberikan pulangan yang lumayan serta mempunyai potensi yang cukup luas dari segi kebolehpasaran produk sejuk beku di negara ini.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Tn Hj. Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar, Pengurusan KEJORA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, serta agensi-agensi pembangunan projek PROSPEK ini.
Terima kasih kepada YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW atas kesudian mengadakan lawatan kerja ini.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πˆπ‚π“ πŠπ„ππ€πƒπ€ π€ππ†π†πŽπ“π€ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

DESARU, 6 Jun – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara telah mengadakan Program Kesedaran ICT Kepada Anggota KEJORA pada hari ini di Els Club Desaru.
Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) selaku wakil rasmi Pengurus Besar KEJORA, telah merasmikan program ini. Didalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa Program Kesedaran ICT KEJORA Tahun 2024 yang merupakan program tahunan KEJORA yang mana ia merupakan salah satu program yang dirancang di bawah Pelan Strategik ICT KEJORA (PSICT) 2021 – 2025. Selain itu juga, program ini dilaksanakan sebagai salah satu medium bagi menyampaikan maklumat berkaitan peralihan Versi ISO/IEC 27001:2013 kepada versi terkini iaitu ISO/IEC 27001:2022.
Pada hari ini juga, Buku Polisi Keselamatan Siber KEJORA Versi 2.0 turut diluncurkan yang mana buku ini mengandungi peraturan dan kaedah pengurusan aset ICT bagi memastikan aset ICT dilindungi dan keselamatan ICT dalam keadaan baik.
Antara pengisian program kesedaran ICT ialah pembentangan serta perkongsian ilmu dari beberapa pakar. Antara tajuk pembentangan adalah:-
1. Pemerkasaan Dasar & Polisi Pendigitalan Sektor Awam oleh YBrs. Encik Ibrahim bin Ismail, Perunding ICT(Pengurusan Keselamatan Maklumat), Jabatan Digital Negara;
2. Polisi Keselamatan Siber (PKS) & Peralihan ISO/IEC 27001:2022 oleh YBrs. Encik Zulazly bin Khalid, Pengarah Diaspora Sdn Bhd; serta
3. Taklimat MyDigital ID oleh YBrs. Encik Rosli bin Md. Din daripada MIMOS Berhad.
Turut hadir di dalam Program Kesedaran ICT ini adalah Pengurusan KEJORA serta Anggota KEJORA.
Tahniah kepada semua yang telah hadir dan sama-sama lah menjaga keselamatan ICT KEJORA.
#PenerajuTerasKemakmuran

π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀

Selamat bersara diucapkan kepada Encik Rosli bin Jaafar, Pembantu Operasi setelah berkhidmat selama 17 tahun bersama KEJORA bermula 3 Mei 2007 dan akan bersara wajib pada 3 Jun 2024.
Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Marlina Binti Amir telah menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Encik Rosli bin Jaafar sebagai tanda terima kasih dari KEJORA.
Seluruh warga KEJORA mendoakan agar Encik Rosli bin Jaafar sentiasa diberi kesihatan berpanjangan oleh ALLAH SWT, dimurahkan rezeki serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

π“πˆπŒππ€π‹π€π πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŠπŠπƒπ– 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 πŠπ€π–π€π’π€π ππ„π‘π“π€ππˆπ€π πŠπ„π‰πŽπ‘π€

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hjh Rubiah binti Hj Wang telah mengadakan lawatan ke Kawasan Pertanian Pengeli Kecil, Bandar Tenggara, Johor
Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat kepada potensi tanaman serta pembangunan projek-projek pertanian Wilayah KEJORA. YB Datuk Timbalan Menteri KKDW berpandangan bahawa, pengusaha yang telah berjaya harus berkongsi pengalaman kepada petani-petani baru. Perkongsian secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini perlu dilakukan demi mewujudkan rantaian perniagaan serta membantu petani memasarkan produk hasil tani mereka.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, Pn. Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) serta Pengurusan KEJORA.
Terima kasih kepada YB Datuk Hjh Rubiah binti Hj Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah atas lawatan ini.
#PenerajuTerasKemakmuran