PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024

Sorotan lensa KEJORA di sebelah pagi hari kedua Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil turut sama turun padang dalam Pelepasan Pertandingan Aerofithon dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang mewarna kanak-kanak dan Pertandingan Aerofithon. Selain itu juga, turut diadakan cabutan bertuah pusingan pertama kepada pengunjung.
Pelbagai pertandingan telah bermula antaranya SukanRia Kanak-Kanak, Sukan Rakyat/Tradisional, Pertandingan Bola Tampar Pantai , Pertandingan Congkak dan lain-lain acara.
Turut hadir pada hari ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Marlina binti Amir serta pengurusan KEJORA.
Terima kasih kepada semua pengunjung.
Ayuh kita terus berkunjung dan memeriahkan Pesta Tanjung Balau untuk dua hari lagi. Pelbagai acara menarik telah disediakan.
Macam-macam Ada!

TIRAI PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA TAHUN 2024

TANJUNG BALAU, 24 Mei – Tirai Pesta Tanjung Balau @ KEJORA Tahun 2024 anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dibuka secara rasminya pada hari ini.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah hadir untuk melihat persembahan fire dance yang bersama Pengurusan KEJORA disebelah malam. Manakala disebelah petang, telah berjalan Kursus Pembuatan Pastri bersama ICYM TVET Centre (ITC). Program kolaborasi ini memberikan pengalaman baru kepada pengunjung yang hadir untuk sama-sama belajar dan menyediakan pastri.
Pengunjung serta keluarga boleh juga menikmati pelbagai tarikan sampingan antaranya Mini Zoo dan Supa Dupa termasuk jualan dari usahawan KEJORA.
Ayuh Warga Johor, hadirkan diri anda ke Pesta Tanjung Balau Tahun 2024 yang bermula pada 24 hingga 26 Mei 2026 (Ahad).
Pelbagai acara yang telah dirancang antaranya, Pertandingan Bola Tampar, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Suara Warisan, Pertandingan Memasak, Autoshow Klasik, Fire Dance dan sebagainya.
Jumpa anda esok dengan acara yang lebih gempak!!!!!

SESI SARINGAN KESIHATAN KENDIRI KEJORA

Bandar Penawar, 21 Mei – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Saringan Kesihatan Kendiri kepada semua anggotanya bertempat di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah bersama-sama dengan anggota KEJORA untuk menjalani saringan kesihatan yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi. Tujuan utama saringan ini adalah untuk pengemaskinian maklumat kesihatan di dalam sistem HRMIS.
KEJORA mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi atas perkhidmatan yang diberikan.
Amalkan Cara Hidup Sihat. Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan, makan secara sihat, tidak merokok, lakukan aktiviti fizikal dan belajar menangani stres.

HARI MUZIUM ANTARABANGSA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

Paparan menarik dari Rerurai Muzium Nelayan Tanjung Balau di HMA2024 yang menampilkan SERKAP Gergasi.
Pakat Mai Semua…..
ada 1 hari lagi ….. sehingga 22 Mei 2024

KURSUS PEMBUATAN PASTRI

🍰 Jom sertai Kursus Pembuatan Pastri – _Special Pastry Product Decoration_ anjuran bersama KEJORA dan ICYM TVET Centre (ITC)! Pelajari teknik-teknik terkini dalam penyediaan pastri yang lazat dan berkualiti. Dapatkan pengalaman praktikal dari pakar industri dan kembangkan kemahiran anda dalam seni pembuatan pastri.
Daftar sekarang melalui pautan https://forms.gle/Xy2TkPT87rKKD3nZ6 atau imbas QR. Sila hubungi Unit Ekonomi dan Usahawan di talian 07-884 3194

PROGRAM SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB)

Berita baik kepada semua usahawan wilayah KEJORA yang berminat dan memenuhi syarat-syarat permohonan untuk memohon bantuan SPKLB.
Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bertujuan menyediakan kemudahan sokongan berbentuk geran bantuan peralatan dan mesin perniagaan kepada usahawan luar bandar untuk pengeluaran produk dan pengembangan pasaran yang lebih luas.
Daftar sekarang melalui pautan ini https://drive.google.com/…/1QA6VeootEtrhT0xwQy2…/view… atau boleh mengimbas Kod QR.
Tarikh tutup penyertaan: 20 Jun 2024 (Khamis)
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Unit Ekonomi dan Usahawan di talian 07-884 3194.

PROGRAM JARINGAN USAHAWAN WILAYAH KEJORA (JUARA)

Jom! Sertai kami dalam Program Jaringan Usahawan Wilayah KEJORA (JUARA)! Mari bersama-sama membina rangkaian yang kukuh, berkongsi idea, dan meningkatkan potensi perniagaan anda. Datanglah dan manfaatkan peluang untuk memperluaskan jaringan perniagaan anda serta mendapatkan bimbingan dan sokongan yang diperlukan untuk memajukan perniagaan anda ke tahap seterusnya. Jom, bersama-sama dengan kami dalam usaha memperkasa komuniti usahawan KEJORA!
Pelbagai pengisian program menanti anda, antaranya:
βœ…Sesi Bimbingan & Kaunseling
βœ…Pameran Agensi
βœ…Taklimat Pembangunan Usahawan
βœ…Kursus & Latihan
Datanglah beramai-ramai ke Pusat Komuniti Desa (PKD) Tanjung Sedili, Sedili, Johor pada 23 Mei 2024 (Khamis), jam 8.00 pagi – 5.00 petang. Link pendaftaran https://forms.gle/J9oScp5QAhXfaePN6

PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA TAHUN 2024 KEMBALI LAGI

πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽŠπŸŽ‰
πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA TAHUN 2024 KEMBALI LAGI❗❗❗❗
πŸ”Š Kepada warga JOHOR πŸ”΄πŸ”΅ …jomm datang beramai-ramai ke “PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA TAHUN 2024″…..
Kat mana⁉️⁉️
Bila⁉️⁉️
🏝️ Pantai Tanjung BalauπŸ“Œ
🎯 24 hingga 26 Mei 2024 (Jumaat – Ahad)
⏰ 8.00 pagi hingga 10.00 malam
πŸ“’ Apa yg ada? mcm best jer..βœ’οΈβœ’οΈβœ’οΈ
πŸ‘―β€β™€οΈ Aerofithon
🏐 Pertandingan Bola Tampar
πŸ–οΈ Mewarna
🎱 Pertandingan Congkak
πŸ’ƒ Pertandingan Pakaian Beragam
🎷 Pertandingan Suara Warisan
🍀 Pertandingan Memasak
πŸ₯… Sukan Rakyat
πŸͺ Sukan Ria
πŸŽ‡ Fire Dance
🚘 Autoshow Klasik
πŸ¦– Mini Zoo
πŸ‘Έ Persembahan Artis
dan macam2 lagi… sambil bawa keluarga beriadah kita berhibur…πŸ“£πŸ“£πŸ“£
Jangan lupa bawa 1 family tau…
πŸ“žπŸ“ž Untuk keterangan lanjut hubungi : 07-8843100 (Tourism Info Centre)

IKLAN SEBUTHARGA BAGI KLDSB/SH/TPP/ PAIP PEMBENTUNG / PAKEJ 2C/ 2024

IKLAN SEMULA SEBUTHARGA PAIP PEMBENTUNGAN.docx

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŒπ”π™πˆπ”πŒ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

Festival Hari Muzium Antarbangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 sedang berlangsung dari 16 hingga 22 Mei 2024 di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.
Bertepatan dengan tema Hari Muzium Antarabangsa pada tahun ini iaitu ” Muzium Untuk Pendidikan Dan Penyelidikan”, Muzium Nelayan Tanjung Balau telah mengetengahkan pameran berkonsepkan “SERKAP” yang merupakan salah satu peralatan tradisional nelayan. Pengunjung juga dapat menerokai sejarah peralatan tradisional nelayan seperti Cepu Kayu, Kotak Ke Laut, Bintoh Ketam dan informasi pendidikan tentang paya bakau dan penjagaan ekosistem pesisir pantai.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow bersama YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia telah sama-sama merasmikan Festival Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Marlina binti Amir dan Pengurus Pelancongan, Puan Suraya Hani binti Sharan telah hadir di majlis perasmian bersama pegawai-pegawai Bahagian Pelancongan KEJORA.
Ayuh, Warga Pulau Pinang, pakat Mai tengok Serkap Gergasi Muzium Nelayan Tanjung Balau.
#hma2024