SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR

Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 sedang berlangsung di Dataran Tasik Bandar Penawar bermula 17 hingga 18 Mei 2024.
KEJORA turut menganjurkan beberapa program antaranya KEJORA Eco-Warrior Mangroves @ Tg Surat Island, Karnival Kerjaya, Gunting Rambut serta Perkhidmatan Tukar Minyak Hitam Motor Secara Percuma, pertandingan Mewarna Kanak-Kanak serta pertandingan Belia Idol.
Semalam, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil turut sama turun padang bagi meninjau persiapan dan perjalanan program. Selain itu juga beliau turut menyampaikan hadiah bagi pertandingan Belia Idol. Tahniah kepada semua pemenang.
Ayuh, Warga Johor, kita ke Bandar Penawar untuk sama-sama merasai kehangatan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor Tahun 2024.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑

Lawatan kerja Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ke Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kuala Lumpur telah berlangsung pada 16 Mei 2024. Deligasi lawatan KEJORA ini telah diketuai oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil.
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mendapatkan perkongsian ilmu dalam perancangan pembangunan pelan risiko serta melihat dan mempelajari pengalaman MARA dalam melaksanakan projek dan program keusahawanan khususnya Pembangunan Outlet pemasaran produk usahawan luar bandar.
Sesi perkongsian ilmu ini juga melibatkan lawatan ke Kompleks Mara Halal Industrial Park (MHIP) di Batu Caves, Kuala Lumpur bagi melihat sendiri operasi dan pengurusan MHIP yang dibangunkan oleh pihak MARA.
Kunjungan ini telah disambut baik oleh pihak MARA yang diketuai oleh En Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersil (BIK) MARA.
Hadir sama dalam sesi lawatan ini adalah pengurusan KEJORA iaitu Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik, Encik Sheikh Khayulzahri bin A.Raof, Ketua Unit Ekonomi & Usahawan, Encik Yusrihan bin Jusak, Pengurus Perancang Bandar & Pembangunan Projek, Encik Adam Malek bin Tugimin, Ketua Unit Perundangan, Encik Norazmi bin Sahar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti dan Tn Hj Abidullah bin S. Ali, Ketua Unit Pelaburan.
Setinggi- tinggi penghargaan terima kasih kepada pihak MARA atas kesudian menerima kunjungan ini. Menjadi harapan KEJORA agar, kolaborasi strategik bersama MARA terutama dalam bidang keusahawanan diteruskan demi meningkatkan taraf ekonomi usahawan Wilayah KEJORA serta memacu perkembangan usahawan ke arah yang lebih baik.

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊

Seramai 20 orang anggota KEJORA telah mengikuti Kursus Pemantapan Grafik yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat bermula dari 14 hingga 16 Mei 2024 di Everly Hotel, Putrajaya.
Fokus utama kursus ini adalah bagi memantapkan kebolehan menyediakan infografik serta teknologi mengambil gambar yang efektif. Dengan kerjasama dari Sifoodotcom sebagai perunding, kursus ini memberikan nafas baru kepada ideologi media sosial di KEJORA.
Semoga ilmu yang diperolehi ini, digunakan sebaiknya demi meningkatkan mutu perkhidmatan KEJORA selari dengan tagline “KEJORA Berkualiti, Rakyat Menikmati”

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐁𝐔

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Ibu Peringkat KEJORA 2024.
“Terima kasih ibu” dipilih sebagai tema sambutan Hari Ibu pada tahun ini. Ringkas tetapi sangat bermakna. Sesungguhnya, kasihmu ibu, tiada penghujung.

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐂𝐄𝐋𝐈𝐊 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐋𝐇𝐃𝐍)

Seramai 45 orang anggota KEJORA telah mengikuti Seminar Celik Cukai yang telah dianjurkan oleh Unit Pelaburan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Biro Latihan, Kelab Anggota KEJORA (KAK) pada 6 Mei 2024 di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Fokus utama seminar ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan & meluaskan perspektif percukaian dalam kalangan penjawat awam. Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Azreena binti Hassan, Penolong Eksekutif Hasil Kanan II.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada anggota KEJORA yang telah menjayakan seminar ini dengan jayanya.

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒

DESARU, 28 APRIL
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya KEJORA pada hari ini sangat meriah dengan kehadiran warga KEJORA serta tetamu jemputan. Para tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah raya yang enak serta alunan lagu-lagu raya dan lagu-lagu malar segar yang disampaikan oleh Azman Naim Mantra dan Kugiran Wak Jeng.
KEJORA juga amat bertuah kerana Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA sudi hadir memeriahkan majlis, bersama-sama meraikan serta menyampaikan penghargaan kepada persara dan mantan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA. Paling berharga buat warga KEJORA adalah tatapan amanat yang disampaikan.
Yang Berhormat Tan Sri turut menyantuni anak-anak autism dan anak-anak yatim yang hadir serta menyampaikan sumbangan duit raya. Anak-anak autism turut diraikan sempena sambutan Hari Autisme Sedunia yang disambut pada bulan April setiap tahun.
Dalam Majlis Sambutan Hari Raya ini, KEJORA juga turut meraikan persaraan 3 orang anggotanya serta penghargaan kepada mantan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KEJORA. Pesara-pesara yang menerima penghargaan terdiri daripada Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin, En Mohd Yusof bin Ibrahim dan Encik Mohd Isa bin Awik. Mantan ALP yang turut menerima penghargaan pada hari ini adalah Yang Berhormat Dato’ Hj, Ashari bin Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan).
Baju Sedondon Cantik Bergaya,
Elak Terkena Api Pelita,
Suasana Riang Di Hari Raya,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Ketupat Pulut Di Hari Lebaran,
Disulam Bersama Dengan Manisan,
Hari Raya Disambut Penuh Kesyukuran
Mengerat Silaturrahim Sesama Insan
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈, 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 & 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍

CERAMAH PENGUKUHAN INTEGRITI SIRI 2 TAHUN 2024

BANDAR PENAWAR, 25 April – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Ceramah Pengukuhan Integriti Siri 2 Tahun 2024 bertempat di Bilik Taklimat KEJORA, Bandar Penawar, Johor.
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azhar bin Samadun, Ketua Penolong Mufti, Bahagian Rujukan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Johor yang bertajuk “Amalan & Sunnah Dalam Bulan Syawal”.
Sesi ceramah pada pagi ini dimulakan dengan Program Pembudayaan Bacaan Al-Quran & Hadis yang dipimpin oleh En. Yusrihan bin Jusak, terjemahan oleh En. Mohammad Nur Akmal bin Md Sahlan manakala pembaca hadis oleh En. Mohamad Azri bin Mohamad Bakri.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga dengan penyampaian yang diterima oleh semua dapat memberikan manfaat kepada anggota KEJORA.
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI KEJORA

BANDAR PENAWAR – Kursus Jati Diri Anggota KEJORA Tahun 2024 telah diadakan pada 23 hingga 24 April 2024 bertempat di Bilik Taklimat KEJORA dengan dihadiri oleh 44 orang peserta.
Kursus ini diadakan dengan kerjasama penceramah My Bodywork Consultant yang diketuai oleh Encik Bahagia Bin Jemali.
Kursus ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam memperjuangkan matlamat bersama sebagai satu pasukan di dalam KEJORA.
Di samping itu, kursus ini dapat memberikan impak yang positif dalam perkembangan diri dan organisasi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah melibatkan diri dalam kursus ini dengan jayanya. TAHNIAH.

KOLABORASI STRATEGIK KEJORA BERSAMA PEJABAT TANAH & GALIAN JOHOR

Perlaksanaan bengkel berkaitan isu-isu tanah yang dianjurkan oleh KEJORA merupakan inisiatif kolaborasi strategik bersama pihak Pejabat Tanah & Galian Johor dalam melancarkan perancangan serta perlaksanaan program dan projek pembangunan KEJORA.
Bengkel berkaitan isu-isu tanah ini telah diadakan di Fraser Place, Puteri Harbour, Nusajaya bermula dari 21 hingga 22 April 2024.
Dalam ucapan aluan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, beliau berharap agar melalui program kolaborasi ini, pelbagai isu berkaitan tanah dapat diselesaikan segera. Pengisian bengkel secara keseluruhannya adalah berkaitan tentang perbincangan mengenai penyelesaian isu-isu tanah KEJORA serta potensi termasuk perancangan pembangunan tanah.
Setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran dan sokongan yang padu kepada seluruh pasukan PTG, Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Tanah Daerah Kluang dalam menjayakan bengkel ini. Harapan KEJORA agar melalui kerjasama erat dari semua pihak yang terlibat ini dapat melancarkan perlaksanaan program-program yang dirancang agar dapat dinikmati segera oleh golongan sasar KEJORA sesuai dengan tagline KEJORA iaitu KEJORA Berkualiti, Rakyat Menikmati.
Turut hadir di dalam bengkel ini ialah YBhg Tn Hj. Mohamad Shakib bin Hj. Ali, Pengarah Tanah & Galian Johor, YBhg. Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah Tanah (Pembangunan) PTG, YBhg. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA, YBhg. Tn Hj. Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, YBhg. En. Mustafa Kamal bin Abdullah, Pentadbir Tanah Daerah Kluang, YBhg. En. Mohd Ezwan bin Abd. Ghani, Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Pengerang serta Wakil-wakil daripada Pejabat Tanah & Galian Johor, Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi serta Pejabat Tanah Daerah Kluang.

IKLAN KENYATAAN SEBUT HARGA KLDSB/SH/TPP/ PAIP PEMBENTUNG / PAKEJ 2C/ 2024

IKLAN SEBUTHARGA PAIP PEMBENTUNG