𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐉𝐎𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑

Sekitar aktiviti sempena Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor pada hari ketiga & terakhir.
Antara aktiviti di utama adalah:-
1. Pertandingan Bouquet Coklat;
2. Pertandingan Memancing Udang Galah;
3. Pertandingan Mobile Legend; dan
4. Karnival Sukan Orang Muo
Terima kasih buat semua Warga Pagoh & Muar atas komitmen & penyertaan di Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor Tahun 2024.
Semoga berjumpa lagi.

𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐉𝐎𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑

Malam Kebudayaan PROSPEK Mukim Jorak Panchor pada malam ini menyajikan 2 artis popular iaitu Syura & Afieq Shazwan.
Persembahan Kebudayaan ini diselangi dengan Tarian Zapin Johor sebagai salah satu elemen tarikan kebudayaan Johor.
Disebelah petang, juga telah berlangsung pertandingan PROSPEK Idol@Karaoke yang berjaya menampilkan bakat-bakat terpendam di kawasan Pagoh & Muar.
KEJORA mengucapkan tahniah kepada semua yang mengambil bahagian di dalam aktiviti hari kedua sempena Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor Tahun 2024.
Ayuh Warga Muar/Pagoh, jom… Ramai-ramai hadir & menyertai aktiviti yang dijalankan.
Tinggal 1 hari lagi Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor akan berlangsung & masih banyak hadiah cabutan bertuah menanti anda.

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐉𝐎𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑

Sekitar aktiviti sempena Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor pada hari kedua.
Antara aktiviti di utama adalah:-
1. Panchor Fun Ride 1.0
2. Aerobikthon Challenge
3. Pertandingan memasak ikan sungai
Selain itu juga, kaunter dari pelbagai agensi serta jualan produk usahawan tetap dibuka sehingga jam 10.00 malam.
Antara tetamu yang hadir sepanjang hari ini adalah Pegawai Daerah Muar, YBhg. Tn Hj Hasrin Kamal bin Hisham, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, YB Tn Ir Ts Mohamad Fazli bin Mohd Salleh, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pentadbir Tanah Daerah Muar, YBrs En. Mohd Hisam bin Said serta YDP Majlis Perbandaran Muar, YBhg. Tn Hj. Norrizam bin Muhamad.
Ayuh Warga Muar/Pagoh, jom… Ramai-ramai hadir & menyertai aktiviti yang dijalankan.
Tinggal 1 hari lagi Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor akan berlangsung & masih banyak hadiah cabutan bertuah menanti anda.

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑

𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑, 𝟐𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah mengadakan lawatan ke projek PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Pagoh di sini.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat perkembangan dan tapak-tapak cadangan pembangunan projek PROSPEK Mukim Jorak Panchor.
Antara projek yang dilawati adalah projek ternakan kambing, udang galah dan arnab. Turut dilawati juga adalah tapak-tapak cadangan pembangunan projek berkelompok.
Secara keseluruhannya, projek PROSPEK Mukim Jorak Panchor ini akan memberikan pulangan yang baik kepada setiap peserta. Akan tetapi, perancangan yang teliti perlu dibuat bagi memastikan setiap nilai peruntukan dibelanjakan mengikut kepada sasaran serta dapatan outcome yang sebenar.
Turut hadir di dalam sesi lawatan ini adalah Pengurus Kanan, Pemegang Taruh & Projek Khas, Pn. Nurul Aishah binti Mohamadon, Pengurus Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa, En. Fakrurraziy bin Hazran, Pengurus Pertanian & Industri Asas Tani, Cik Siti Fazueri binti Radzali serta Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Hj Shari.
Semoga projek-projek PROSPEK Mukim Jorak Panchor akan terus berjaya serta melahirkan usahawan komuniti terbaik demi memastikan kemenjadian usahawan luar bandar.

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐉𝐎𝐑𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐏𝐀𝐆𝐎𝐇, 𝟐𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor Tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar wakil rasmi Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor di Pekan Panchor di sini.
Di dalam ucapannya perasmiannya, beliau menyatakan harapan untuk Koperasi Mukim Jorak Panchor Berhad untuk mengambil inisiatif yang aggresif dalam menguruskan pemasaran produk hasil dari Program PROSPEK ini. Beliau menambah, seluruh Ahli Koperasi perlu bersatu dalam memastikan segala peruntukan yang disalurkan digunakan sebaiknya demi kemajuan Mukim Jorak Panchor.
Manakala, di dalam ucapan aluan, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA memaklumkan bahawa program PROSPEK Jorak Panchor ini adalah program pertama seumpamanya di Negeri Johor. Manakala peruntukan keseluruhan PROSPEK ini adalah sebanyak RM8Juta untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2021 hingga 2025. Pecahan peruntukan ini adalah Projek Ekonomi (60%), Projek Perumahan (20%) & Kemudahan Asas/Infra (20%).
Di dalam majlis ini, beberapa penyerahan telah disampaikan antaranya, penyerahan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Baru bernilai RM66,000.00 dan penyerahan sumbangan bantuan ekonomi PROSPEK ternakan Udang Galah bernilai RM10,000.00.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah, YB Tn. Ir Ts Mohamad Fazli bin Mohd Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Pasir, YBrs. En. Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Daerah Muar, YBrs. Pn. Noorhasikin binti Awang, PSU Bahagian Tanah & Wilayah KKDW, YBhg. Tn. Hj Norrizam bin Mohamad, YDP Majlis Perbandaran Muar, YBrs. En. Mesafizam bin Mesri, Penghulu Mukim Jorak Panchor, Pengurusan KEJORA serta Ketua-Ketua Jabatan & Agensi Daerah Muar.
Terima kasih kepada semua hadir dan yang sama-sama membantu menjayakan majlis perasmian ini.

PANCHOR BERSELAWAT SEMPENA KARNIVAL PROSPEK MUKIM JORAK, PANCHOR, MUAR

𝑃𝑎𝑛𝑐ℎ𝑜𝑟 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑒𝑙𝑎𝑤𝑎𝑡 𝑆𝑒𝑚𝑝𝑒𝑛𝑎 𝐾𝑎𝑟𝑛𝑖𝑣𝑎𝑙 𝑃𝑅𝑂𝑆𝑃𝐸𝐾 𝑀𝑢𝑘𝑖𝑚 𝐽𝑜𝑟𝑎𝑘, 𝑃𝑎𝑛𝑐ℎ𝑜𝑟, 𝑀𝑢𝑎𝑟.

LENSA HARI PERTAMA KARNIVAL PROSPEK MUKIM JORAK PANCHOR, MUAR

𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀
Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar.

SUASANA SEKITAR KARNIVAL PROSPEK MUKIM JORAK PANCHOR, MUAR

Suasana sekitar Karnival PROSPEK Mukim Jorak Panchor, Muar.
Ayuh Warga Pagoh dan Sekitar!!!
Datang beramai-ramai ke Pekan Panchor!!!
Pelbagai Aktiviti dan Gerai Jualan dibuka.

PROGRAM KECERGASAN KEJORA

BANDAR PENAWAR, 20 Februari – Bertempat di Stadium Penawar telah diadakan Program Kecergasan Peringkat KEJORA yang telah dihadiri oleh Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurusan serta Anggota KEJORA.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat kepada semua Warga KEJORA dengan menerapkan elemen senaman ringan dan mudah. Senaman pagi yang mempunyai pelbagai kepentingan yang dapat memberi impak positif kepada kesihatan dan keadaan emosi Warga KEJORA.
Antara kepentingan senaman pagi adalah:
1. Meningkatkan kecerdasan mental;
2. Menyokong kesihatan jantung;
3. Meningkatkan suasana hati;
4. Menyokong pengurusan berat badan;
5. Meningkatkan kualiti tidur; dan
6. Memperbaiki sistem pencernaan
Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi yang sudi menjadi tenaga pengajar (instructor) di dalam Program Kecergasan KEJORA pada pagi ini.

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH TAMAN PENAWAR HARMONI

BANDAR PENAWAR, 19 Februari – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) dan Program J-Home One Stop Centre, Taman Penawar Harmoni, Bandar Penawar yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni Bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor di Dewan KEJORA.
Penerima SLMR pada hari ini boleh terus memohon pinjamaan bank di kaunter yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). Menariknya, One Stop Centre (OSC) PKPJ pada hari ini, bukan sahaja disediakan kaunter PKPJ untuk memproses sijil dan lain-lain, akan tetapi Pihak PKPJ dan KEJORA juga telah menjemput bank-bank seperti BSN, Bank Rakyat & Bank Muamalat, serta perkhidmatan guaman dan yang paling utama adalah kaunter AKPK atau Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Negara dalam usaha membantu memudahkan rakyat memohon pinjaman kewangan perumahan.
Seramai lebih dari 70 penerima telah menerima SLMR pada hari ini dan telah layak untuk membuat proses seterusnya seperti pengurusan pinjaman perumahan dan sebagainya.
Hadir sama di dalam majlis ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Johor merangkap ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan Hj. Tamin, ADUN Kawasan Penawar, YB Fauziah Misri, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, YDP Majlis Perbandaran Pengerang, YBhg Puan Hajah Zihan binti Ismail, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, YBrs. Dr. Mohd Shahrizan bin Sahid, Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBrs. Encik Muhammad Hazim bin Zulkifli, Pengurusan Kanan KEJORA serta Pengurusan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).
Setelah tamat majlis penyerahan ini, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni serta tetamu kehormat telah meluangkan masa untuk melawat Taman Penawar Harmoni yang telah siap dibina serta sedia untuk diduduki.