πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐂𝐀𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€-πŠπ„π‘π‰π€ π”ππƒπˆπ€π πŠπ„π‰πŽπ‘π€ ππˆπ‹π€ππ†π€π 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

BANDAR PENAWAR, 19 Mac – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyempurnakan cabutan kerja secara undian bilangan 2 tahun 2024 bagi kerja-kerja infrastruktur perparitan Wilayah KEJORA Tahun 2024 di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Pihak KEJORA mengucapkan tahniah kepada kontraktor yang berjaya dan berharap projek ini siap sepenuhnya mengikut kepada spesifikasi serta tempoh masa yang telah ditetapkan.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŠπŠπƒπ– πƒπˆ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŸπŸ’πŸ’πŸ“π‡.

LAYANG-LAYANG, 14 Mac – Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah bermula dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) menjadi hos & lokasi pertama iaitu di Masjid Jamek Pekan Layang-Layang, Simpang Renggam, Johor.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan, bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, semua pihak hendaklah bersedia dengan infrastruktur serta modal insan terbaik memandangkan beliau menjangkakan ramai pelancong-pelancong dari luar & dalam negara akan Melawat Malaysia serta Negeri Johor.
Bersempena dengan Bulan Ramadhan ini juga, beliau turut berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tidak melakukan pembaziran makanan. Beliau turut menyatakan ucapan tahniah kepada KEJORA atas penganjuran majlis ini serta berterima kasih kepada Menteri Besar Johor serta kepimpinan Negeri Johor Darul Ta’zim termasuk semua yang hadir dalam memberikan kerjasama yang baik dan erat di Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H.
Selain merapatkan jalinan ukhwah di antara pihak Kementerian dengan masyarakat, majlis ini juga menyantuni komuniti setempat dengan penyerahan sumbangan kepada:-
1. 10 Pusat Tahfiz Wilayah KEJORA
2. 7 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Wilayah KEJORA
3. 50 Anak-Anak Yatim Wilayah KEJORA (Mukim Layang-Layang)
4. 100 Buah surau & masjid dalam Parlimen Simpang Renggam
Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H telah dimulakan dengan Program Layang-Layang Berselawat yang dipimpin oleh Kumpulan Ar-Rayyan. Manakala ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri & Menteri KKDW disambut dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.w.t secara beramai-ramai.
Turut hadir adalah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Timbalan Menteri KKDW, YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj Wang, Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kluang, YBhg. Tn. Hj Mohd Rafi bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha KKDW, Pengerusi-Pengerusi Agensi KKDW, Ketua-Ketua Pengarah & Pengurus Besar Agensi KKDW, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Setiausaha-Setiausaha Bahagian KKDW, Pengurusan KEJORA, anggota-anggota KEJORA, tetamu jemputan serta penduduk setempat.
Pihak KEJORA mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta memberikan kerjasama yang erat seperti Pejabat Daerah Kluang, Pejabat Tanah Daerah Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam, Agensi KKDW Negeri Johor, JPKK Kampung Paya, AJK Masjid Jamek Pekan Layang-Layang, PDRM, RELA, APM, TNB, SAJ serta lain-lain agensi dalam menjayakan Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ„πŒπ€π’π€πŠ 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 π‹π€πŒππ”πŠ π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 πŠπ€π’πˆπ‡ π‘π€πŒπ€πƒπ€π πŸπŸ’πŸ’πŸ“π‡

LAYANG-LAYANG, 14 Mac – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah bersama-sama menyediakan 7 periuk masakan bubur lambuk sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H.
Program yang bermula jam 9.00 pagi ini juga turut dihadiri oleh Pengurusan KEJORA serta JPKK Kampung Paya, Layang-Layang.
Bubur lambuk ini selanjutnya telah dibungkus sebelum diagih-agihkan kepada semua tetamu yang hadir di Majlis Santunan Kasih Ramadan1445H.
Pihak KEJORA mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyediaan bubur lambuk bermula dari penyediaan hingga pengagihan.

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 πŠπ„π‰πŽπ‘π€ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π‹π€πŒ π’π„πŠπˆπ“π€π‘ π‰πŽπ‡πŽπ‘

BANDAR PENAWAR, 11 Mac – Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menerima kunjungan hormat dari Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, YBhg. Dr. Mohd Famey bin Yusoff.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan pembukaan Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pengerang di Taman Sri Penawar. Sebagai makluman, pejabat JAS Cawangan Pengerang ketika ini terletak di Sungai Rengit.
Turut hadir di dalam kunjungan hormat ini adalah Pengurus Hartanah, Cik Haslinda binti Abu Bakar, Pegawai Undang-Undang, En. Adam Malik bin Tugimin, Penolong Pegawai Tadbir, Unit Pengurusan Fasiliti, En. Mohd Nizam bin Khamis, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, En. Mohd Rashdan bin Topa serta Ketua Cawangan JAS Pengerang, En. Muhammad Takiyuddin bin Norani.
Semoga dengan cadangan pembukaan Pejabat Jabatan Alam Sekitar Cawangan Pengerang di Bandar Penawar akan merancakkan lagi pembangunan serta meningkatkan ekonomi setempat.

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‹π„πŒππ€π†π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐁𝐒π₯. 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

DESARU, 10 Mac – Mesyuarat Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Bil. 1 Tahun 2024 telah diadakan di The Westin Desaru Coast yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA.
Turut hadir adalah Ahli Dewan Negara, Merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi, YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, Pegawai Daerah Kluang, YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, ADUN Penawar, YB Puan Fauziah binti Misri, serta wakil profesional iaitu YBhg. Datuk Haji Mohd. Lassim bin Burhan dan YBrs. Encik Murad bin Jailani.
Hadir sama Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, serta barisan Pengurusan Kanan KEJORA.
#PenerajuTerasKemakmuran

ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 ππ„πŒπ„π‘πŠπ€π’π€π€π πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

DESARU, 10 Mac – Pada petang ini, telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Geran Pemerkasaan Komuniti Wilayah KEJORA Tahun 2024 yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah KEJORA, YB Senator Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman yang mewakili Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Pengerusi KEJORA di The Westin Desaru Coast.
Sebanyak 48 jawatankuasa atau pertubuhan yang menerima manfaat melalui pemberian geran ini dengan jumlah peruntukan keseluruhan adalah sebanyak RM307,000.00. Adalah menjadi harapan KEJORA dengan pemberian inisiatif ini, ianya dapat memperkukuhkan lagi semangat keharmonian dan perpaduan dikalangan masyarakat dan komuniti desa dalam mengharungi pelbagai cabaran dan pemberian inisiatif ini juga adalah keistimewaan bagi mereka yang berada di dalam Wilayah KEJORA.
Turut hadir pada petang ini adalah Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi, YBhg. Datin Zaeidah binti Mohamed Esa, Pegawai Daerah Kluang, YBrs. Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, YBhg. Datuk Haji Mohd. Lassim bin Burhan dan YBrs. Encik Murad bin Jailani yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA.
Hadir sama adalah Pengurusan KEJORA, Warga KEJORA, Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kota Tinggi, Pengerusi JPKK Wilayah KEJORA serta Pengerusi-Pengerusi Pertubuhan Wilayah KEJORA.
#PenerajuTerasKemakmuran

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π–π€ππˆπ“π€ π’π„πƒπ”ππˆπ€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada setiap 8 Mac, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat KEJORA di The Westin Desaru Coast.
Sambutan ini diadakan sebaik sahaja tamat Mesyuarat Lembaga Pengarah KEJORA dimana, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Hj Azmi bin Rohani telah sudi meluangkan masa beramah mesra dengan anggota wanita KEJORA. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Pengerusi juga telah sudi menyampaikan jambangan kuntuman bunga kepada anggota wanita KEJORA yang hadir di majlis ini.
“Seorang wanita adalah perwujudan rahmat, keanggunan, keindahan dan kasih sayang”, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA
#PenerajuTerasKemakmuran

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL PERDANA

BANDAR PENAWAR, 7 Mac – Pada hari ini telah berlangsung Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil Perdana Sempena Hari Wanita & Sambutan Bulan Ramadhan 1445H di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah hadir dan bersama-sama dengan Pengurusan serta anggota KEJORA dalam majlis ini.
Selanjutnya, satu ceramah bertajuk Wanita dan Ramadhan: Mencari Kualiti dan Keberkatan Ibadah telah disampaikan oleh Ustazah Hasnita biNti Hashim, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Johor.
Majlis juga diserikan dengan simbolik penyerahan kurma kepada Pengurusan KEJORA yang mewakili keseluruhan Warga KEJORA.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
β€œTelah datang kepadamu Bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah telah mewajibkan padamu berpuasa pada bulan itu. Dalam bulan itu dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan”. (Surah al-Nasa’i)

πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπŠπƒπ– πŒπ„π‹π€π–π€π“ ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π & ππ„π‹π€ππ‚πŽππ†π€π πŠπ„π‰πŽπ‘π€

πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ, πŸ“ 𝐌𝐚𝐜 – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun pada hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Johor Tenggara dan memulakan sesi lawatan hari kedua dengan melawat beberapa projek pembangunan iaitu:-
1. Pembangunan Kawasan Pertanian Sungai Mupor;
2. Pembinaan Hub-Agro Bersepadu KEJORA;
3. Pembinaan projek Pelancongan Desa Kompleks The Wetland Kampung Belukar Durian.
Pembangunan Ladang Fertigasi KEJORA atau Hub-Agro Bersepadu KEJORA telah dibangunkan dengan berkonsepkan pertanian berteknlogi tinggi yang akan dilengkapi dengan rumah lindungan hujan secara sistem fertigasi serta penggunaan Internet of Things (IoT). YBhg. Dato’ Sri KSU juga telah diberikan taklimat pembangunan keseluruhan projek.
Sebelum itu, YBhg. Dato’ Sri KSU telah dibawa ke Kawasan Pertanian Sungai Mupor dan telah meluangkan masa untuk meninjau salah satu projek tanaman sayuran berbuah iaitu petola ular dan lain-lain tanaman.
Selanjutnya, YBhg. Dato’ Sri KSU telah berkesempatan bersama-sama dalam program Ziarah Kasih dan telah menyampaikan Sumbangan Tabung Ekonomi Burung Walit di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) kepada 2 buah keluarga e-kasih di Kampung Belukar Durian termasuk barangan keperluan harian.
Lawatan mesra YBhg. Dato’ Sri KSU diteruskan dengan lawatan ke tapak pembinaan projek Pelancongan Desa Kompleks The Wetland Kampung Belukar Durian. Di sini, YBhg. Dato’ Sri KSU telah diberikan taklimat ringkas mengenai komponen projek antaranya pembinaan menara tinjau, pembinaan jeti bot penumpang, pejabat & kiosk, surau dan taman permainan. Antara objektif utama pembangunan Kompleks The Wetlands adalah untuk menjana dan meningkatkan pendapatan penduduk-penduduk kampung dalam usaha memenuhi kehendak dan keperluan serta keselesaan para pengunjung. YBhg. Dato’ Sri KSU juga berkesempatan menaiki bot pelancong KEJORA untuk menulusuri Sungai Sedili Kecil yang kaya dengan Udang Galah menuju ke Pusat Penetasan & Ternakan Belangkas Sedili Kecil.
Program lawatan mesra YBhg. Dato’ Sri KSU ke KEJORA telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Sedili Besar.
Turut hadir di dalam lawatan ini adalah Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengarah PKN Negeri Johor, En. Khairudin bin Hj. Abdullah, Timbalan SUB Penyelarasan & Pemantauan, Tn. Hj. Abd. Jalil bin Ismail, CEO Anak Syarikat KEJORA, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Seluruh Warga KEJORA mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Sri KSU KKDW atas kesudian mengadakan lawatan mesra ke Wilayah Johor Tenggara.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π˜ππ‡π†. πƒπ€π“πŽ’ π’π‘πˆ πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π 𝐃𝐄𝐒𝐀 & π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ (πŠπŠπƒπ–) πŠπ„ π‹π„πŒππ€π†π€ πŠπ„πŒπ€π‰π”π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 (πŠπ„π‰πŽπ‘π€)

BANDAR PENAWAR, 4 Mac – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada petang ini telah menerima lawatan ramah mesra Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah, YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato Harun di sini.
Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil telah menyantuni YBhg. Dato’ Sri KSU disemua lokasi lawatan. Lawatan dimulakan dengan lawatan kerja ke Big Creative Skill di Taman Sri Penawar yang mana adalah pusat pengembangan aktiviti Socialpreneur yang memberi manfaat kepada komuniti untuk terlibat secara langsung di dalam aktiviti keusahawanan yang telah diusahakan oleh usahawan yang telah berjaya dibimbing oleh KEJORA. Peserta akan mengikuti latihan secara hands-on melalui bimbingan yang dibuat secara bersama oleh tenaga pengajar dari GiatMara Pengerang
Seterusnya, YBhg. Dato’ Sri KSU telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Usahawan Wilayah KEJORA yang merupakan sebahagian dari Program Jaringan Usahawan KEJORA atau JUARA. Untuk makluman, JUARA merupakan satu platform terbaik untuk memperkukuh, menggalak dan membimbing usahawan luar bandar bagi memastikan usahawan Wilayah KEJORA mampu berdaya saing serta meluaskan pasaran ke peringkat domestik dan luar negara atau dengan nama lainnya from Desa to Global.
YBhg. Dato’ Sri KSU KKDW juga telah menyempurnakan penyampian 4 program insentif usahawan KEJORA meliputi Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN), Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP), Skim Tunas Agro (STAg) serta Program Desa Lestari. Koperasi Sinar Tanjung Balau Berhad telah menerima Geran Peruntukan berjumlah RM1,000,000.00 bagi program Desa Lestari bagi projek aktiviti pelancongan baru Tanjung Balau.
Yang Berhormat Datin Paduka Pengurus Besar KEJORA selanjutnya telah membawa YBhg. Dato’ Sri KSU melawat ke Pantai Tanjung Balau bagi melihat pembangunan pelancongan seperti pembangunan Boardwalk Geologi serta tapak cadangan kiosk penjaja sebelum singgah untuk menikmati kopi Daily Preso yang merupakan usahawan bimbingan KEJORA.
Turut hadir dalam sesi lawatan ini adalah Pengarah KKDW Negeri Johor En. Khairudin bin Hi Abdullah, Timbalan Setiausaha Bahagian Penyelarasan & Pemantauan KKDW, YBhg. Tn. Hj. Abd. Jalil bin Ismail, Pegawai-Pegawai Agensi KKDW Negeri Johor serta Pengurusan KEJORA.
#PenerajuTerasKemakmuran