KEJORA PERKUKUH TADBIR URUS MELALUI FUNGSI AUDIT DALAM

Kuala Lumpur, 2 Disember – KEJORA telah berdaftar sebagai Ahli Korporat The Institute of Internal Auditors Malaysia ( IIAM ) mulai tahun 2006 dan kerjasama erat ini telah terjalin secara berterusan lebih dari 15 tahun. Kerjasama ini secara langsung dapat memperkukuh tadbir urus KEJORA. Manfaat diterima termasuklah pengukuhan kredibiliti dan reputasi, akses kepada sumber profesional, peluang latihan dan pembangunan profesional, peningkatan kompetensi kakitangan, rangkaian profesional, pengiktirafan dan pendedahan termasuk sokongan penasihat dan piawaian.
Sebagai penghargaan, KEJORA telah diberikan Corporate Member Crystal Jubilee Award daripada IIAM dalam Majlis Graduasi dan Anugerah Korporat 2024 yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen Jabatan Audit Negara untuk memperkukuh fungsi audit dalaman dengan menjalinkan kerjasama strategik melalui program latihan dan seminar. Beliau turut menyatakan harapan agar audit dalaman terus menjadi tunjang utama keberkesanan tadbir urus dan operasi sesebuah organisasi.
Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), telah mewakili Yang Berhormat Datin Paduka Pengurus Besar KEJORA untuk menerima anugerah tersebut.
Turut hadir dalam majlis ini ialah barisan pengurusan KEJORA iaitu Cik Haslinda binti Abu Bakar, Pengurus Hartanah, Tuan Haji Wan Mohd Ashril Aizal bin Wan Abdullah, Pengurus Kewangan, Puan Suraya Hani binti Sharan, Pengurus Pelancongan Encik Noorazmi bin Sahar, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, Encik Mohamad Rizal bin Mohd Hidzir,Ketua Unit Audit Dalam dan anggota Unit Audit Dalam KEJORA.