PREMIS WILAYAH KEJORA TERUS DITRANSFORMASI
KEJORA terus berusaha mentransformasi premis-premis milik KEJORA di Wilayah Johor Tenggara. Komitmen ini ditunjukkan melalui kerja-kerja menaiktaraf premis di Bandar Penawar dengan menekankan aspek kebersihan dan keceriaan disamping penyelenggaraan utiliti bangunan sebagai salah satu elemen tarikan kepada pengunjung.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen gigih KEJORA dalam menyediakan keselesaan maksimum kepada penyewa, di samping menarik perhatian pengunjung dan pembeli untuk terus menjadikan premis-premis milik KEJORA sebagai pilihan utama dalam urusan perniagaan.
Ia juga selaras fokus Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan pendapat peniaga kecil dengan menaiktaraf premis perniagaan mereka selain memberikan imej baharu yang sekaligus meningkatkan jumlah kehadiran pelanggan.