π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πˆππ”

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Ibu Peringkat KEJORA 2024.
“Terima kasih ibu” dipilih sebagai tema sambutan Hari Ibu pada tahun ini. Ringkas tetapi sangat bermakna. Sesungguhnya, kasihmu ibu, tiada penghujung.

π’π„πŒπˆππ€π‘ π‚π„π‹πˆπŠ π‚π”πŠπ€πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π‹π„πŒππ€π†π€ π‡π€π’πˆπ‹ πƒπ€π‹π€πŒ ππ„π†π„π‘πˆ (𝐋𝐇𝐃𝐍)

Seramai 45 orang anggota KEJORA telah mengikuti Seminar Celik Cukai yang telah dianjurkan oleh Unit Pelaburan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Biro Latihan, Kelab Anggota KEJORA (KAK) pada 6 Mei 2024 di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Fokus utama seminar ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan & meluaskan perspektif percukaian dalam kalangan penjawat awam. Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Azreena binti Hassan, Penolong Eksekutif Hasil Kanan II.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada anggota KEJORA yang telah menjayakan seminar ini dengan jayanya.

π’π€πŒππ”π“π€π πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ πŸπŸŽπŸπŸ’

DESARU, 28 APRIL
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya KEJORA pada hari ini sangat meriah dengan kehadiran warga KEJORA serta tetamu jemputan. Para tetamu telah disajikan dengan pelbagai juadah raya yang enak serta alunan lagu-lagu raya dan lagu-lagu malar segar yang disampaikan oleh Azman Naim Mantra dan Kugiran Wak Jeng.
KEJORA juga amat bertuah kerana Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi bin Rohani Setiausaha Kerajaan Johor merangkap Pengerusi KEJORA sudi hadir memeriahkan majlis, bersama-sama meraikan serta menyampaikan penghargaan kepada persara dan mantan Ahli Lembaga Pengarah KEJORA. Paling berharga buat warga KEJORA adalah tatapan amanat yang disampaikan.
Yang Berhormat Tan Sri turut menyantuni anak-anak autism dan anak-anak yatim yang hadir serta menyampaikan sumbangan duit raya. Anak-anak autism turut diraikan sempena sambutan Hari Autisme Sedunia yang disambut pada bulan April setiap tahun.
Dalam Majlis Sambutan Hari Raya ini, KEJORA juga turut meraikan persaraan 3 orang anggotanya serta penghargaan kepada mantan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KEJORA. Pesara-pesara yang menerima penghargaan terdiri daripada Tuan Haji Matriffin bin Md. Amin, En Mohd Yusof bin Ibrahim dan Encik Mohd Isa bin Awik. Mantan ALP yang turut menerima penghargaan pada hari ini adalah Yang Berhormat Dato’ Hj, Ashari bin Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan).
Baju Sedondon Cantik Bergaya,
Elak Terkena Api Pelita,
Suasana Riang Di Hari Raya,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Ketupat Pulut Di Hari Lebaran,
Disulam Bersama Dengan Manisan,
Hari Raya Disambut Penuh Kesyukuran
Mengerat Silaturrahim Sesama Insan
π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹ π…πˆπ“π‘πˆ, πŒπ€π€π… π™π€π‡πˆπ‘ & ππ€π“πˆπ
#PenerajuTerasKemakmuran

CERAMAH PENGUKUHAN INTEGRITI SIRI 2 TAHUN 2024

BANDAR PENAWAR, 25 April – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Ceramah Pengukuhan Integriti Siri 2 Tahun 2024 bertempat di Bilik Taklimat KEJORA, Bandar Penawar, Johor.
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Azhar bin Samadun, Ketua Penolong Mufti, Bahagian Rujukan Mufti, Jabatan Mufti Negeri Johor yang bertajuk “Amalan & Sunnah Dalam Bulan Syawal”.
Sesi ceramah pada pagi ini dimulakan dengan Program Pembudayaan Bacaan Al-Quran & Hadis yang dipimpin oleh En. Yusrihan bin Jusak, terjemahan oleh En. Mohammad Nur Akmal bin Md Sahlan manakala pembaca hadis oleh En. Mohamad Azri bin Mohamad Bakri.
Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga dengan penyampaian yang diterima oleh semua dapat memberikan manfaat kepada anggota KEJORA.
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: β€œSesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.” (Hadis riwayat Muslim)

KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI KEJORA

BANDAR PENAWAR – Kursus Jati Diri Anggota KEJORA Tahun 2024 telah diadakan pada 23 hingga 24 April 2024 bertempat di Bilik Taklimat KEJORA dengan dihadiri oleh 44 orang peserta.
Kursus ini diadakan dengan kerjasama penceramah My Bodywork Consultant yang diketuai oleh Encik Bahagia Bin Jemali.
Kursus ini diadakan bagi memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam memperjuangkan matlamat bersama sebagai satu pasukan di dalam KEJORA.
Di samping itu, kursus ini dapat memberikan impak yang positif dalam perkembangan diri dan organisasi.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah melibatkan diri dalam kursus ini dengan jayanya. TAHNIAH.

KOLABORASI STRATEGIK KEJORA BERSAMA PEJABAT TANAH & GALIAN JOHOR

Perlaksanaan bengkel berkaitan isu-isu tanah yang dianjurkan oleh KEJORA merupakan inisiatif kolaborasi strategik bersama pihak Pejabat Tanah & Galian Johor dalam melancarkan perancangan serta perlaksanaan program dan projek pembangunan KEJORA.
Bengkel berkaitan isu-isu tanah ini telah diadakan di Fraser Place, Puteri Harbour, Nusajaya bermula dari 21 hingga 22 April 2024.
Dalam ucapan aluan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA, beliau berharap agar melalui program kolaborasi ini, pelbagai isu berkaitan tanah dapat diselesaikan segera. Pengisian bengkel secara keseluruhannya adalah berkaitan tentang perbincangan mengenai penyelesaian isu-isu tanah KEJORA serta potensi termasuk perancangan pembangunan tanah.
Setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran dan sokongan yang padu kepada seluruh pasukan PTG, Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Tanah Daerah Kluang dalam menjayakan bengkel ini. Harapan KEJORA agar melalui kerjasama erat dari semua pihak yang terlibat ini dapat melancarkan perlaksanaan program-program yang dirancang agar dapat dinikmati segera oleh golongan sasar KEJORA sesuai dengan tagline KEJORA iaitu KEJORA Berkualiti, Rakyat Menikmati.
Turut hadir di dalam bengkel ini ialah YBhg Tn Hj. Mohamad Shakib bin Hj. Ali, Pengarah Tanah & Galian Johor, YBhg. Puan Norliyati binti Md. Nor, Timbalan Pengarah Tanah (Pembangunan) PTG, YBhg. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA, YBhg. Tn Hj. Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, YBhg. En. Mustafa Kamal bin Abdullah, Pentadbir Tanah Daerah Kluang, YBhg. En. Mohd Ezwan bin Abd. Ghani, Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Pengerang serta Wakil-wakil daripada Pejabat Tanah & Galian Johor, Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi serta Pejabat Tanah Daerah Kluang.

IKLAN KENYATAAN SEBUT HARGA KLDSB/SH/TPP/ PAIP PEMBENTUNG / PAKEJ 2C/ 2024

IKLAN SEBUTHARGA PAIP PEMBENTUNG

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒, πŠπ‡π€π“π€πŒ 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & πˆπ…π“π€π‘ πŠπ„π‹π€π π€ππ†π†πŽπ“π€ πŠπ„π‰πŽπ‘π€ (πŠπ€πŠ)

Bandar Penawar, 3 April – Bersempena dengan Bulan Ramadan 1445H, Kelab Anggota KEJORA (KAK) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran serta Iftar yang berlangsung di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, Johor.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Daud bin Abd. Rahman dan Encik Abidullah bin S. Ali selaku Pengerusi Kelab Anggota KEJORA serta diteruskan oleh pembaca-pembaca di kalangan warga KEJORA. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar KEJORA, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil.
Majlis yang dirancang ini secara tidak langsung menggambarkan mesej yang jelas bahawa, di sebalik kesibukan melaksanakan tugas hakiki, KEJORA juga menitikberatkan keseimbangan elemen kerohanian dalam kalangan warga kerjanya. Ini amat penting bagi melahirkan warga kerja yang mempunyai nilai insaniah dan seterusnya menyumbang kepada budaya kerja terpuji dalam mengundang keberkatan Allah.
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya satu kebajikan. Satu kebaikan digandakan kepada sepuluh kebajikan. Aku tidak berkata alif lam mim itu satu huruf akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” – (HR Al-Tirmizi)
#kelabanggotakejora

𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐀𝐍 π‹π„πŒππ€π‘π€π πŠπ„π‰πŽπ‘π€ 𝐁𝐀𝐖𝐀 πŠπ„π‚π„π‘πˆπ€π€π πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀

TANJUNG SEDILI, 31 Mac – Kehadiran bulan Ramadan 1445h kali ini mengukir senyuman kepada 640 penerima sumbangan meliputi pelbagai kategori sumbangan apabila menerima sumbangan duit raya melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM99,000.00.
Sumbangan berjumlah RM6,000.00 telah disampaikan kepada 30 penerima Sumbangan Tabung Projek Ternakan Burung Walit selain dari RM36,400.00 telah disampaikan kepada 182 penerima Sumbangan Tabung Ladang Tani KEJORA.
Tidak dilupakan juga, sebanyak RM36,200.00 telah disampaikan kepada 407 penerima Sumbangan Aidilfitri Anak-Anak Yatim Wilayah KEJORA, manakala 17 penerima Sumbangan Dapur Kasih Johor telah menerima peruntukan berjumlah RM20,400.00 untuk tahun 2024 ini.
Kesemua sumbangan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), YBrs. En. Daud bin Abd. Rahman yang mewakili Pengurus Besar KEJORA di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Serentak dengan itu juga, Puspanita Cawangan Kecil KEJORA (PCKK) turut sama-sama mengadakan program derma Ramadan bagi pakaian terpakai (preloved) kepada tetamu yang hadir.
Hasil sumbangan daripada ahli Puspanita, anggota KEJORA dan masyarakat di wilayah KEJORA, sebanyak 350 pasang pakaian telah dapat dikumpulkan dan didermakan kepada yang memerlukan.
Turut hadir di dalam majlis ini ialah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi, YBrs. En. Muhamad Saharudin bin Mohd Yunus selaku Wakil Rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi, Wakil Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Husna Wilayah Johor Tenggara, YBhg. Tn. Hj Abdul Razak bin Bedu, Pengurusan KEJORA, Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Kota Tinggi, JPKK Wilayah KEJORA serta penduduk sekitar Sedili.
Semoga sumbangan KEJORA ini memberi seribu makna kepada semua penerima.
#PenerajuTerasKemakmuran

ππ„ππ†πŠπ„π‹ ππ„π‘π’π„πƒπˆπ€π€π ππ„ππ˜π„πƒπˆπ€π€π πƒπŽπŠπ”πŒπ„π πˆπ’πŽ/πˆπ„π‚πŸπŸ•πŸŽπŸŽπŸ:𝟐𝟎𝟐𝟐 πŠπ„π‰πŽπ‘π€

BANDAR PENAWAR, 21 Mac – Bengkel Penyediaan Dokumen ISO/IEC27001:2022 telah diadakan bermula dari 18 hingga 21 Mac 2024 bertempat di Bilik Taklimat, Ibu Pejabat KEJORA.
Kursus ini diadakan adalah sebagai persiapan menghadapi peralihan versi ISO/IEC 27001:2013 kepada versi terkini iaitu ISO/IEC 27001:2022.
Sebagai rekod, KEJORA telah dipersijilkan dengan versi ISO/IEC27001:2013 bermula tahun 2014 hingga kini di bawah skop β€œSistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Bagi System Electronic Ready Online (ePRO), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara”.
Melalui pensijilan ini banyak penambahbaikan telah dilaksanakan terutama daripada aspek keselamatan Rangkaian ICT dan pembangunan sistem yang membantu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan perolehan KEJORA.