PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH BELIA – HARAPAN KASIH TAHUN 2023

Kampung SC Jaya Sepakat yang merupakan kampung WILAYAH KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) KEJORA telah mengadakan Program Pemantapan Sahsiah Belia – Harapan Kasih Tahun 2023 pada 7 hingga 8 Disember 2023 bertempat di Dewan Terbuka Kg. SC Jaya Sepakat, Layang-layang, Kluang.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentatif diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain dan memotivasikan diri para belia supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
Sepanjang program ini diadakan para belia disajikan dengan latihan berkumpulan, larian 3 kilometer, cara penyembelihan yang betul dan pengurusan jenazah.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fakhrur Razziy bin Hazran, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa. Beliau menyatakan bahawa belia adalah cermin negara pada masa hadapan dalam memainkan peranan penting untuk membantu meningkatkan ekonomi negara.
Bukan Itu sahaja, penganjuran program ini secara tidak langsung memberikan matlamat yang tinggi dalam pembentukan sikap yang positif, keyakinan diri dan sifat kepimpinan yang tinggi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 40 belia Kg. SC Jaya Sepakat Di Wilayah KEJORA yang terpilih mengikuti program ini.

PROGRAM BINA INSAN (PBI) SIRI-2 TAHUN 2023

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) KEJORA telah mengadakan Program Bina Insan (PBI) Siri-2 Tahun 2023 pada 1 hingga 3 Disember 2023 bertempat di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberikan motivasi bagi membina sahsiah diri dan juga penerapan elemen kerohanian bagi membentuk keperibadian yang sihat, inovatif, produktif serta berdaya tahan dalam menghadapi segala cabaran sama ada terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama, dan negara.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), En. Daud Bin Abd Rahman. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa belia adalah pemimpin masa hadapan negara yang memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.
Beliau menambah, seorang pemimpin yang baik dan beribawa adalah yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan dan apabila pemimpin menunjukkan sikap dan tauladan yang baik secara tidak langsung memberi aspirasi kepada pengikutnya untuk melakukan perkara yang sama.
Semoga penganjuran program ini dapat menyuntik semangat dan motivasi agar menjadi belia yang positif dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 50 belia Wilayah KEJORA yang terpilih mengikuti program ini.

KARNIVAL 3M WILAYAH KEJORA TAHUN 2023

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulai telah mengadakan Karnival 3M Wilayah KEJORA Tahun 2023 pada 27 November 2023 yang lalu bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara, Desaru, Kota Tinggi, Johor.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus PSPD, En. Sharul Shafique bin Hamidon. Di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa KEJORA bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengatur khas program ini bagi memberi galakan dan motivasi kepada murid-murid utk menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) agar berani tampil ke hadapan untuk memperlihatkan kemampuan dan keupayaan mereka mengenai penguasaan kemahiran tersebut.
Selain itu, melalui program ini juga dijangka dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memberi peluang untuk merasai suasana pembelajaran luar bilik darjah yang bertujuan menyokong dan mengukuh kurikulum sekolah serta mewujudkan pembelajaran yang progresif.
Seramai 197 orang murid pemulihan khas bersama 54 guru pemulihan khas daripada Sekolah Rendah di dalam Wilayah KEJORA, 7 Pegawai Pemulihan Khas daripada PPD Kluang, PPD Kota Tinggi dan PPD Kulai serta 20 sukarelawan daripada Kolej Professional Mara (KPM) Bandar Penawar telah terlibat dalam menjayakan karnival ini.
Turut hadir di majlis penutup ialah Timbalan PPDKT Sektor Pembelajaran, Encik Noor Azam bin Yusof.
Semoga sumbangan dari KEJORA ini, memberikan impak yang positif kepada semua peserta dalam usaha KEJORA memastikan kemenjadian pelajar luar bandar terus terbela dan tidak jauh ketinggalan.

KURSUS PASUKAN KESELAMATAN KEBAKARAN (PKK) KEJORA TAHUN 2023

Seramai 31 orang anggota yang terdiri dari Pasukan Keselamatan KEJORA telah mengikuti Kursus Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) KEJORA Tahun 2023 yang telah diadakan pada 4 hingga 6 Disember 2023 bertempat di Dewan KEJORA dan Balai Bomba & Penyelamat Bandar Penawar selama 3 hari dengan kerjasama penceramah PBK I (KUP) Encik Faizal Bin Ahmad, PB Encik Adib Aiman Bin Abd Manaf serta PB Encik Mohd Razi Bin Y.Yusoff pasukan Bomba Bandar Penawar.
Kursus Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) KEJORA ini diadakan adalah untuk memberi pemahaman mengenai peranan sebagai “Responden Pertama” dalam menguruskan kecemasan kebakaran, keselamatan dan pencegahan kebakaran. Ia juga bertujuan mengenalpasti punca kebakaran dan perlindungan termasuk jenis peralatan kebakaran yang harus digunakan. Sehubungan itu, ia juga bertujuan untuk pengetahuan tentang aspek keselamatan terutama di tempat kerja, memahami tugas dan tanggungjawab serta membentuk kerjasama pasukan dalam menangani masalah kebakaran.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Keselamatan KEJORA yang telah menjayakan kursus ini dengan penuh dedikasi dan jayanya.

SAMBUTAN HARI INOVASI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA & WILAYAH (KKDW) TAHUN 2023

KEJORA telah menyertai Pameran Hari Inovasi KKDW pada hari ini bertempat di Dewan Lestari, Aras B1, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Tiga (3) projek iaitu Sistem Laporan Kehadiran (SiLK) dari Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Smartmedia Inovasi Tanaman Hiasan Berpasu Di Kawasan Tertutup dari Bahagian Perancang Bandar dan Desa dan Sistem Permohonan Rumah KEJORA (EHOURA) dari Bahagian Hartanah telah turut serta dalam Pertandingan Anugerah Kualiti dan Inovasi KKDW 2023 bagi Kategori Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovasi & Kreatif (KIK) KKDW 2023, Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Teknikal) dan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Pengurusan Madani).
Alhamdulilah, KEJORA telah mendapat tempat KEDUA bagi projek Sistem Laporan Kehadiran (SiLK) dan tempat KETIGA bagi Smartmedia Inovasi Tanaman Hiasan Berpasu Di Kawasan Tertutup . Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun selaku Ketua Setiausaha KKDW kepada Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, Encik Daud bin Abd Rahman. Turut serta, Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA dan Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.
Sekalung TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada para pemenang bagi Pertandingan Anugerah Kualiti dan Inovasi KKDW 2023. Semoga pencapaian dan kejayaan ini akan terus menjadi inspirasi warga KEJORA dalam membudayakan inovatif dan kreatif.
Walau debur ombak menerpa,
Takkan laju perahu berhenti,
Walau hancur di hentam gempa,
Jiwa inovasi tetap di hati.
Bapak tani menanam padi,
Menuai arti keringat diri,
Semangat tinggi untuk berinovasi,
Lipat gandakan energi membangun negeri.

KURSUS KEPIMPINAN BELIA WILAYAH KEJORA – ZON PENGERANG

1-3 Disember 2023 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara menerusi Bahagian Pembangunan Sosial dan Kemajuan Desa telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Belia Wilayah KEJORA -Zon Pengerang selama tiga hari yang disertai oleh 30 orang peserta di Radiant Retreat, Janda Baik.
Penganjuran kursus seumpama ini merupakan salah satu usaha murni KEJORA dalam memastikan para belia dalam wilayahnya sentiasa memiliki keterampilan, jadi diri dan rasa keyakinan yang tinggi sebagai persediaan menjadi pemimpin masyarakat yang disegani.
Turut hadir menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah, Ybrs. Encik Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA bersama-sama Encik Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa.
Semoga ilmu dan pengalaman yang ditimba akan menjadi batu asas kepada pembentukan modal insan yang lebih dinamik buat para belia dalam wilayah KEJORA di masa akan datang.

KEPUTUSAN TENDER LKJT/UT/KG.TERSUSUN KAHANG/P/2021/P019

KEPUTUSAN MUKTAMAD TENDER

LKJT/UT/KG.TERSUSUN KAHANG/P/2021/P019 : CADANGAN PELANTIKAN PERUNDING UKUR BAGI KERJA UKUR PECAH SEMPADAN SECARAH SERAH BALIK KURNIA SEMULA

P019

PROGRAM PEMENTORAN DESA 2023

2 Disember, Pengerang – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Bahagian Komuniti Desa KKDW pada hari ini telah mengadakan Program Pementoran Desa 2023 di Lake View, Pengerang, Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Komuniti Desa, En. Che Mohd Zulkifli bin Ismail. Didalam ucapannya beliau menyatakan usaha pembangunan kampung sentiasa diteruskan oleh pihak Kerajaan. Beliau turut menyatakan rasa bangga kerana program pementoran yang berjalan selama 6 bulan telah memberikan impak yang sangat baik kepada pembangunan modal insan dan juga pembangunan infrastruktur secara holistik.
Beliau juga menyatakan bahawa, Program Aspirasi Kampung Sejahtera Tahun 2024 juga akan diteruskan dengan menawarkan hadiah utama sebanyak RM30,000.00.
Untuk makluman, program Pementoran Desa 2023 bertemakan Road To Kampung Sejahtera adalah merangkumi Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai kampung mantor. Manakala Kampung Bukit Raja & Kampung Punggai adalah Kampung Menti.
Turut hadir pada majlis penutupan ini ialah Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Komuniti Desa KKDW, Pn. Norashikin binti Mohamed Nawawi, Penghulu Mukim Pantai Timur, En. Md. Faizul bin Md. Fadhil, Ketua Unit Pengurusan Fasiliti, En. Norazmi bin Sahar, Ketua Unit Komunikasi Korporat En. Mohamad Azrul bin Hj. Shari, Penggerak-Penggerak Kampung WILAYAH KEJORA, Ketua-Ketua Kampung serta AJK² Program Kampung Pementoran.

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI, INTEGRITI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2023

30 November, Bandar Penawar – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2023 bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Majlis perasmian Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Di dalam ucapannya, beliau menyeru agar inovasi yang dihasilkan oleh warga KEJORA ini diaplikasi di dalam tugasan seharian di KEJORA. Beliau menyeru untuk semua warga KEJORA melakukan dua (2) anjakan paradigma iaitu Mengadaptasi dan memanfaatkan teknologi semasa serta Memfokuskan kepada proses membentuk bakat terbaik dengan pemahaman dan pendekatan baharu.
Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2023 dimulakan dengan sesi bual bicara bersama Ikon Integriti KEJORA iaitu Cik Rozeenanie binti Ismail dari Bahagian Hartanah dan ceramah integriti yang disampaikan oleh L/KPL Mohd Amirul Shazrin bin Azhar, Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, IPD Kota Tinggi bertajuk Integriti Dalam Penjawat Awam.
Di dalam majlis ini juga, turut disampaikan sijil penghargaan dan penyertaan kepada pemenang bagi pertandingan Integriti iaitu Kuiz Cepat, Tepat Integriti, Mencipta Poster Digital Integriti, Video TikTok Integriti, dan Anugerah Ikon Integriti KEJORA Tahun 2023.
Majlis diserikan lagi dengan meraikan pemenang bagi Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA Tahun 2023 iaitu Anugerah Kualiti Pengurusan Inovasi, Anugerah Kualiti Pembudayaan Teknologi Maklumat, Anugerah Keselamatan Perlindungan dan Anugerah Kecekapan Tadbir Urus.
Tahniah kepada En. Mohd Irwan bin Badri, Penolong Akauntan, Bahagian Kewangan yang telah diangkat sebagai Ikon Integriti KEJORA Tahun 2023.
Kemuncak majlis pada hari ini adalah penyampaian Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2023. Johan KIK dirangkul oleh Kumpulan KIK CRYPTO COIN dari Bahagian Kewangan, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan KIK Ultimate dari Bahagian Pelancongan, tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan KIK Sinergi dari Bahagian Perancangan Strategik. Manakala persembahan terbaik telah dimenangi adalah Kumpulan KIK Omega-10 dari Unit Pengurusan Fasiliti dan projek harapan pula dimenangi oelh Kumpulan KIK Agro dari Bahagian Pertanian & Industri Asas Tani.
TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang serta terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2023.
Berarak Awan Simbol Motivasi,
Dayung Sampan Tengah Telaga,
Ayuh Bersama Kita Berinovasi,
Demi Kemajuan Masa Hadapan.
Pohonan mawar rimbun di kali,
Redup mendamai tepian titi,
KEJORA sentiasa terus mengungguli,
Inovasi MADANI, Konsolidasi Produktiviti.
Innovation is not the product if logical thought, even though the final product is tied to a logical structure – Albert Einstein

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) KEJORA TAHUN 2023

Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2023 telah diadakan pada 28 November 2023 bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik. Dalam ucapannya, beliau percaya bahawa pembangunan Wilayah KEJORA atau KEJORA 2.0 akan diterajui oleh kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti. Idea dan keunikan, dibantu oleh kecanggihan teknologi merupakan wahana utama dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan.
Beliau berharap agar anggota KEJORA menjadikan budaya “berfikir di luar kebiasaan” sebagai suatu kebiasaan. Sekiranya sebelum ini KEJORA menerima “complaint as a gift” dari para pelanggan bagi memperbaiki tahap perkhidmatan, maka kini KEJORA perlu memberikan “kejutan gembira” pula kepada pelanggan KEJORA dengan “hadiah” perkhidmatan yang responsif, mesra, cekap dan pastinya memudahkan, yang berteraskan ketelusan dan integriti. Ianya juga sejajar dengan objektif KIK iaitu menambahbaik dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja khususnya dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Pada hari ini, sebanyak 11 kumpulan telah menyertai konvensyen tahun ini iaitu Kumpulan Sinergi, Speed Empire, Genesis, Prospek, Teravolt, Crypto Coin, Ultimate, Unite, Omega-10, Prima Facie dan Agro. Konvensyen pada tahun ini diadili oleh Puan Azimah binti Adnan dan Encik Mazuan bin Salih daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan.
“Jika anda ingin cepat, pergilah sendiri. Bila ingin pergi jauh, mesti bersama-sama” ~ .
Jumpa nanti pada Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2023 yang akan diadakan pada 30 November 2023 bagi mengetahui siapakah yang bakal merangkul JOHAN KONVENSYEN KIK KEJORA TAHUN 2023.