PESTA TANJUNG BALAU @ KEJORA 2024
Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024 telah melabuhkan tirai pada petang ini dengan jayanya.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Hj. Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah. Ketibaan YB Datuk Timbalan Menteri telah disambut oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pengurus Besar KEJORA.
Didalam ucapan perasmi, YB Datuk Timbalan Menteri menyarankankan agar Pantai Tanjung Balau sebolehnya dipenuhi dengan aktiviti berbentuk kekeluargaan. Dalam ertikata lain Pantai Tanjung Balau ini boleh diadakan pesta atau keramaian pada setiap bulan. Bukan hanya dari KEJORA, malah dari pihak ADUN, NGO atau Pejabat-Pejabat Kerajaan.
Beliau mengingatkan kepada semua pengunjung Pantai Tanjung Balau agar menggunakan infrastruktur yang telah disediakan dengan sebaiknya. Janganlah kita merosakkan harta awam kerana harta awam bukanlah hakmilik peribadi.
YB Datuk Timbalan Menteri KKDW juga telah meluncurkan Fun Map KEJORA (Tourist Attraction) yang memfokuskan kepada produk pelancongan dalam Wilayah KEJORA. Turut sama diluncurkan pada petang ini adalah Pra-Peluncuran KEJORA Surfing Cup 2024 serta memperkenalkan rakan kerjasama strategik Koperasi Sinar Tanjung Balau untuk melaksanakan KEJORA Surfing Cup 2024 antaranya Quicksilver Malaysia, ADABI, Aliyah Risqi Holding Pte Ltd, Johor Bahru Harley Davidson serta Bank Simpanan Nasional (BSN). YB Datuk juga turut membuat .3 cabutan bertuah hadiah utama dan menyampaikan hadiah kepada pengunjung yang bertuah.
Turut hadir pada hari ini ialah YB Tuan Aznan bin Tamin Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan & Penerangan Negeri Johor, ADUN Tanjung Surat merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW, YB Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar merangkap Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, YBrs. Encik Che Mohd Zulkifli Bin Ismail, Setiausaha Bahagian Komuniti Desa, KKDW, YBhg. Tn Hj Syed Norul Shahril bin Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Ahli Lembaga Pengarah KEJORA, Ketua-Ketua Agensi KKDW Negeri Johor,Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Selepas selesai acara perasmian, YB Datuk Timbalan Menteri serta dif-dif Kehormat sempat meluangkan masa melawat infrastruktur di kawasan Tanjung Balau.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sama-sama menyertai Pesta Tanjung Balau @ KEJORA 2024. Semoga kita berjumpa lagi di program-program KEJORA yang lain.