PROGRAM PENDIGITALAN USAHAWAN DESA (PPU) SIRI 6 & ONBOARDING TAHUN 2023

Usahawan Bimbingan KEJORA telah menghadiri Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 6 (PPU) & Onboarding Tahun 2023 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 16-17 Oktober 2023 bertempat di Frazel Expo and Convention Hall, Alor Setar, Kedah.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, TKSU (D) KKDW. Turut hadir, YBrs. Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) menjalankan tugas Pengurus Besar KEJORA. Program yang menyasarkan 1,000 usahawan desa ini telah memberi pendedahan secara langsung dan praktikal kepada usahawan untuk memasarkan produk secara dalam talian melalui platform e-Dagang serta sebagai persediaan menghadapi perkembangan teknologi terkini dan situasi ekonomi semasa.
Rakan strategik Program Desamall yang turut menyertai PPU ini ialah Rural Capital Berhad, CELCOM, Shopee, Maybank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Lazada, Maxis, Mesinkira, Fasspay, Bank Islam, PETRON, TikTok Malaysia, Troopers, Peasy dan IPvolusi.

MAJLIS AMANAT KETUA KONTINJEN KEJORA KE KEJOHANAN MAKSPEN KE-14 PUTRAJAYA TAHUN 2023

Majlis Amanat Ketua Kontinjen KEJORA ke Kejohanan Makspen 2023 telah diadakan di Lobi Utama, Ibu Pejabat KEJORA pada 15 Oktober 2023.
Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Menjalankan Tugas Pengurus Besar, En. Daud bin Abd. Rahman adalah merupakan Ketua Kontinjen KEJORA dan beliau telah menyampaikan amanat kepada atlet-atlet yang akan akan mewakili KEJORA ke Kejohanan Makspen Putrajaya 2023. Didalam ucapannya, beliau telah mengingatkan kepada semua anggota KEJORA agar bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi tanpa mengabaikan hubungan silaturrahim antara agensi. Memanglah semua pasukan hendak menang, tetapi jangan lah kerana emas sebutir, kita bermusuhan hingga ke akhir hayat.
Dengan kekuatan anggota seramai hampir 160 anggota, pasukan KEJORA akan menyertai hampir kesemua sukan dan acara yang dipertandingkan iaitu dengan penyertaan 14 acara daripada 15 acara yang dipertandingkan.
Pada majlis ini turut dibuat penyerahan bendera KEJORA kepada Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia Merangkap Timbalan Ketua Kontinjen KEJORA iaitu En. Mohd Ashek bin Mohd Hassan. Beliau juga akan mengetuai perbarisan di majlis perasmian sukan Makspen nanti.
Sebelum majlis amanat ini, turut diadakan adalah penyampaian sumbangan jersey pasukan takraw KEJORA yang disumbangkan oleh Pengerusi Sepak Takraw Negeri Johor merangkap Timbalan Pengerusi KEJORA iaitu YBhg. Dato’ Hj Abd. Halim bin Hj. Suleiman.
Selamat berjuang buat pasukan KEJORA ke Kejohanan Makspen ke-14 Putrajaya 2023. Semoga beroleh kejayaan!!!!
Kejayaan dicapai apabila seseorang itu menangguhkan kesenangan pada masa kini untuk mengusahakan matlamat jangka panjang – Tunku Mahkota Johor.

PELAWAAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) SIRI 2 TAHUN 2023

SYARAT PERMOHONAN

  • Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:

i. Memuat turun di laman web KEJORA: www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/SywNBcTzRfdR6FMBA  , atau;

  • Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

BANDAR PENAWAR,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

 

  • Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke pertanian@kejora.gov.my.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 OKTOBER 2023 (AHAD) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
  • Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
  • Untuk Maklumat Lanjut Skim Bantuan Pertanian Berkelompok (SBPK) Siri 2 Tahun 2023 adalah seperti iklan di bawah.

IKLAN SBPK 2023 SIRI 2 Borang Permohonan SKIM BANTUAN PERTANIAN KELOMPOK (SBPK) 2023 (1)

KURSUS AGROPELANCONGAN 2023

KEJORA menerusi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganjurkan Kursus Agropelancongan bermula pada 7 hingga 10 Oktober 2023 di Sekitar Negeri Sabah.
Seramai 16 orang peserta termasuk urusetia telah terlibat sama di dalam kursus ini. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta mewujudkan idea-idea baru di dalam sektor agropelancongan kepada Pengusaha/Koperasi/JPKK di dalam wilayah KEJORA sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti agropelancongan.
Antara lokasi-lokasi yang dilawati adalah Yong Farmstay, Kilang Kopi Yit Foh, Taman Pertanian Sabah, Kundasang Farm Ville, Desa Dairy Cattle Farm, Mari-mari cultural village dan Koko hill Elf. Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang sesi lawatan tersebut berlangsung dengan konsep pengurusan yang teratur serta mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Semoga dengan ilmu yang diperolehi dari kursus ini menjadi pemangkin kepada semangat kepada pengusaha pertanian wilayah KEJORA.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta.

PROGRAM BINA INSAN (PBI) SIRI 1 – “INSAN BERPRESTASI TINGGI” DI BAWAH SKIM PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN RAKYAT (SPKR) WILAYAH KEJORA TAHUN 2023

KEJORA melalui Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa (PSPD) telah melaksanakan Program Bina Insan (PBI) Siri 1 dengan tajuk “Insan Berprestasi Tinggi” di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) Wilayah KEJORA pada 6 hingga 8 Oktober 2023 bertempat di Imperial Heritage, Melaka.
Seramai 50 orang peserta yang merupakan kumpulan sasar di dalam Wilayah KEJORA telah mengikuti program yang dilaksanakan.
Selaras dengan skop PBI Siri-1 ini, peserta dibekalkan dengan pelbagai teknik dan kemahiran termasuklah pengurusan perniagaan, kewangan, pemasaran terkini termasuklah pemasaran secara on-line serta teknik-teknik jualan dan lain-lain.
Program ini juga bertujuan untuk menyuntik semangat berdikari serta menyedarkan peserta kepada peluang- peluang perniagaan serta strategi – strategi yang berkesan dalam meningkatkan lagi hasil jualan dan keuntungan. Sekaligus menganjak paradigma komuniti luar bandar khususnya dalam Wilayah KEJORA agar mampu berdikari pada masa hadapan.
Semoga program yang dijalankan selama tiga hari ini dapat memberi manfaat kepada para peserta serta dapat menimba ilmu pengetahuan yang baharu.

PROGRAM OUTREACH PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2023

Program Outreach Psikologi KEJORA Tahun 2023 anjuran AKRAB KEJORA dengan kerjasama Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah selesai dilaksanakan pada 10 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar, Johor.
Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA, Pn. Marlina binti Amir. Di dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa pelbagai faktor yang menyumbang kepada penyakit mental, kemurungan, stres atau anxiety adalah kerana beberapa faktor antaranya tekanan dari sudut kewangan, persekitaran, keluarga, desakan rakan sebaya, tekanan tempat kerja dan lain-lain lagi.
Beliau menambah, terdapat pelbagai cara penyembuhan (healing) untuk mengembalikan ketenangan dan ianya bergantung kepada diri dan kemahuan masing-masing.
Untuk makluman, Program Outreach Psikologi merupakan program turun padang Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kepada warga agensi di bawah kementerian KKDW yang bertujuan untuk mensejahterakan warga KKDW agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan selesa serta bebas daripada tekanan diri dan kehidupan.
Satu sesi forum bertajuk Anxiety; kenali, fahami dan atasinya telah diadakan dengan penampilan panel iaitu Pn. Hjh. Edayu binti Mohd Yusof, Pegawai Psikologi/Kaunselor Berdaftar, Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Puan Azrena Sahadon, Bahagian Psikologi, Hospital Daerah Kota Tinggi.
Pada hari, turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan oleh Lambaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Johor, Prudential BSN Takaful, Produk Kesihatan Mama Care, serta rawatan akuapuntur dari Pusat Terapi Fitrah Johor.
Turut hadir pada hari ini ialah, Pegawai Psikologi KKDW Norazizah Azizan, Pengerusi AKRAB KEJORA En. Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Teknologi Maklumat Tn Hj Matriffin bin Md Amin, Pengurusan Kanan KEJORA serta anggota KEJORA.
“When dealing with people, remember you are not dealing with creatures of logic, but creatures of emotion”. – Dale Carnegie

PEMBUKAAN KAUNTER BERGERAK AGENSI BERSAMA KOMUNITI DAN HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN KEJORA.

3 Oktober 2023 (Selasa), Tanjung Sedili – Pada hari ini, Pusat Komuniti Desa (PKD) Tanjung Sedili telah mengadakan program Kaunter Bergerak Agensi Bersama Komuniti. Dalam program ini juga, pihak KEJORA telah mengadakan program Hari KEJORA Bersama Pelanggan yang bertujuan untuk memudahkan pelanggan berurusan secara terus dengan beberapa Bahagian dan Unit KEJORA tanpa perlu hadir ke Ibu Pejabat KEJORA.
Selain KEJORA, terdapat 3 agensi utama iaitu Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KEJORA telah bersama-sama membuka kaunter pertanyaan dan sebagainya bagi kemudahan penduduk di Tanjung Sedili.

IKLAN TENDER LKJT/UT/KG. TERSUSUN KAHANG/ P/2021/P019

CADANGAN PELANTIKAN PERUNDING UKUR BAGI KERJA UKUR PECAH SEMPADAN SECARA SERAH BALIK KURNIA SEMULA (SBKS) SERTA KERJA UKUR BUTIRAN DAN UTILITY DETECTION MAPPING (UDM) DI LOT PTD 10027 DAN PTD 10028 SELUAS 32.482 EKAR, KAMPUNG TERSUSUN KAHANG, MUKIM KAHANG, DAERAH KLUANG, JOHOR DARUL TA’ZIMPELANTIKAN PERUNDING UKUR BAGI KERJA UKUR PECAH SEMPADAN SECARA SERAH BALIK KURNIA SEMULA (SBKS) SERTA KERJA UKUR BUTIRAN DAN UTILITY DETECTION MAPPING (UDM) DI LOT PTD 10027 DAN PTD 10028 SELUAS 32.482 EKAR, KAMPUNG TERSUSUN KAHANG, MUKIM KAHANG, DAERAH KLUANG, JOHOR DARUL TA’ZIM

Maklumat Tender

  1. Tender ini akan ditutup pada 1 November 2023 (Rabu). Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERASINGAN YANG BERLAKRI dan ditandakan ”Cadangan Teknikal” dan ”Cadangan Kos” di bahagian atas sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan serta dilabelkan seperti tajuk kerja di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Kewangan, Bangunan Ibu Pejabat KEJORA, Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta’zim pada hari tersebut sebelum jam 12.00 tengah hari. Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  2. Maklumat Lanjut adalah seperti yang dilampirkan dibawah atau melalui ePerolehan KEJORA : ePRO KEJORA

IKLAN 04102023- UKUR TANAH PPK KAHANG P019

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI

Pada hari ini, KEJORA telah mengambil bahagian dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Daerah Kota Tinggi.
En. Mohd Ashek bin Hassan, Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia telah mengetuai kontinjen KEJORA seramai 40 orang yang terdiri daripada Pengurusan Kanan serta anggota KEJORA.
Turut hadir di dalam majlis ini adalah Puan Marlina Binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) mewakili Pengurus Besar KEJORA.
Dengan tema, Perpaduan Teras Maju Johor ianya juga menjadi aspirasi kepada kebersamaan di dalam perancangan serta pembangunan dalam Wilayah KEJORA.
Pada kali ini, kontinjen KEJORA telah memenangi tempat ke-3 bagi Kategori Sepanduk Terbaik.
Dalam masa yang sama, En. Daud bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), telah mewakili KEJORA di Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Daerah Muar.
“Sesungguhnya Orang Yang Paling Dekat Denganku Pada Hari Kiamat Adalah Orang Yang Paling Banyak Berselawat Kepadaku” Al- Nasa’i & Ibnu Hibban.

LAWATAN DELEGASI KURSUS ANTARABANGSA RURAL TRANSFORMATION : MALAYSIAN EXPERIENCE FOR AFRICA-ASIAN RURAL DEVELOPMENT ORGANIZATION (AARDO) KE KEJORA

Seramai 20 orang delegasi yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Negara Anggota African-Asian Rural Development Organization (AARDO) telah mengikuti lawatan ke KEJORA pada 23 September 2023 sehingga 26 September 2023. Delegasi yang terlibat terdiri daripada 15 buah negara Asia dan Afrika di antaranya Bangladesh, Eswatini, Ghana, India, Jordan, Kenya, Libya, Mauritius, Namibia, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Sri Lanka dan Zambia.
Delegasi telah dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di dalam wilayah KEJORA bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman. Di antaranya adalah Teratak Penawar, Koperasi Wawasan Tuan Seh, Tanjung Sedili Kota Tinggi Berhad dan Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi, Johor.
Semoga lawatan yang dijalankan selama tiga hari ini dapat memberi manfaat kepada para delegasi serta dapat menimba ilmu pengetahuan yang baharu, dengan mencipta kenangan terindah sepanjang lawatan ini dijalankan.
Jutaan terima kasih kepada pihak KKDW dan INFRA kerana telah memilih agensi KEJORA sebagai salah satu tempat untuk dilawati oleh delegasi AARDO pada tahun ini.