KURSUS ASAS PEMBANGUNAN PRODUK DAN SERVIS (KAAPS) BERTEMPAT DI HOTEL TROVE, JOHOR BAHRU
Pada 27-29 Ogos 2023 (Ahad-Selasa), Unit Ekonomi dan Usahawan, KEJORA bersama-sama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)telah mengadakan Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis (KAAPS) bertempat di Hotel Trove, Johor Bahru.
Kursus ini memberi kefahaman asas secara teori dan teknikal (step by step) kepada usahawan terhadap proses dalam pembangunan produk/servis sedia ada berdasarkan keperluan pasaran sebenar. Ia merangkumi 6 komponen utama iaitu Kajian Pasaran, Validasi Pasaran, Prototaip/sampel, pengeluaran, pengkomersialan dan kitar hayat produk. Seramai 30 usahawan diberikan bimbingan dengan pengetahuan, teknik dan strategi pembangunan perkhidmatan/produk secara komprehensif.Semoga para usahawan mendapat manfaat dan faedah daripada program ini seterusnya dapat meningkatkan lagi produktiviti dan hasil perniagaan
Tahniah dan syabas kepada semua usahawan. KEJORA. KEJORA Best!!!!!!
KEJORA GAH DI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-66 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-66 Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Simpang Renggam, Kluang pada 31 Ogos 2023.
Perarakan pada tahun ini telah disertai seramai 118 kontinjen, merangkumi pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan beruniform dan institusi pendidikan di Johor.
Didalam ucapan YAB Menteri Besar Johor, beliau berpesan kepada seluruh Bangsa Johor, supaya sama-sama berganding bahu untuk memajukan Negeri Johor, selain tidak melupakan jasa dan pengorbanan pejuang tanah air dan generasi terdahulu, yang tidak gentar berjuang memerdekakan negara.
Selain itu juga, beliau menambah keharmonian, perpaduan, kerjasama, dan sifat saling hormat menghormati, perlu menjadi tunjang kepada keamanan negara, serta penghayatan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang menjadi asas pembentukan sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Di dalam perbarisan kali ini, Kontinjen KEJORA menampilkan pakaian kemeja batik dan baju kurung kebangsaan berwarna merah sebagai tema utama serta diketuai oleh En. Mohd Nazri bin Mohd Saman.
Turut hadir menyaksikan perarakan ini ialah, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani; Speaker Dewan Negeri Johor, YB Datuk Dr Haji Mohd Puad Zarkashi; Ahli Parlimen Simpang Renggam merangkap ADUN Benut, Dato’ Ir Haji Hasni Mohammad; Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri Johor; Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun dan Agensi.
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
PROGRAM SEMPENA KEMERDEKAAN KE-66 @KEJORA TAHUN 2023
31 Ogos – Pada hari ini telah berlangsung Program Sempena Kemerdekaan Ke-66 @KEJORA 2023 di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Johor.
Perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA. Didalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa program yang dijalankan pada hari ini diadakan secara kolaborasi bersama agensi-agensi pelancongan di Bandar Penawar, Desaru serta Tanjung Balau. Prorgam yang dijalankan pada hari merangkumi 2 segmen utama itu Program Rampai Sari serta Treasure Hunt. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat di dalam program ini walaupun faham akan kekangan masa dan juga tugas yang lain.
Sebagai makluman, program Rampai Sari @Muzium Nelayan Tanjung Balau, telah mempertandingkan sebanyak 5 acara dengan 1 kelas Tarian Zapin. Acara yang dianjurkan melibatkan golongan remaja dan belia dalam perlbagai aktiviti sebagaimana berikut:-
i. Pertandingan Chapteh
ii. Pertandingan Sepak Raga
iii. Pertandingan Boling Kelapa
iv. Pertandingan Congkak
v. Pertandingan Batu Seremban
Manakala bagi kelas Tarian Zapin, Bahagian Pelancongan telah kerjasama daripada Yayasan Warisan Johor sebagai tenaga pengajar.
Seterusnya bagi Program KEJORA Treasure Hunt @ Merdeka 2023, acara ini dijalankan dengan kerjasama Puspanita Cawangan Kecil KEJORA (PCKK), KEJORA Hospitality & Services Sdn Bhd (KHSSB), Junglewalla, Desaru Fruit Farm (DFF), Majlis Perbandaran Pengerang dan juga Usahawan-usahan KEJORA yang berkenaan.
Pergerakan acara Treasure Hunt melibatkan 8 lokasi checkpoint seperti Kompleks Pelancongan Tanjung Balau, Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kampung Nelayan, Tg Balau, Junglewalla Desaru Coast, Desaru Fruit Farm, Teratak Penawar, Tasik Penawar dan Ibu Pejabat KEJORA.
Turut hadir adalah YBrs. En Daud bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, En. Mohd Nazri bin Kasmen, Penghulu Tertinggi, Pejabat Daerah Kota Tinggi, wakil-wakil agensi Daerah Kota Tinggi, Pengurusan Kanan KEJORA dan ramai lagi.
Semoga dengan kemerdekaan ini, kita semua bersatu dalam memastikan kesepakatan serta perpaduan antara kaum terus dipelihara.
Salam Merdeka dari seluruh Warga KEJORA.
PENYERTAAN KEJORA DALAM ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH TAHUN 2023
KEJORA telah menghantar 3 penyertaan dalam AIPA KKDW Tahun 2023. Kumpulan GOLD (Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia) telah menyertai Konvensyen Horizon Baharu KIK Peringkat KKDW Tahun 2023, Kumpulan PERDANA (Bahagian Perancang Bandar dan Desa) pula telah menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Teknikal) dan Kumpulan WINNER (Bahagian Hartanah) telah menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) Pengurusan Madani.
Semoga KEJORA terus melakar kemenangan dan mencipta kejayaannya.
PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN, TANAH PERTANIAN MILIK KEJORA, KAWASAN PERTANIAN PENGGELI KECIL
PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN, TANAH PERTANIAN MILIK KEJORA,
KAWASAN PERTANIAN PENGGELI KECIL,MUKIM ULU SUNGAI JOHOR, KOTA TINGGI, JOHOR.
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma kaedah berikut:
a. Memuat turun di laman web KEJORA : kejora.gov.my, atau;
b. Secara atas talian melalui google drive iaitu: https://drive.google.com/drive/folders/14nc- axVLiQtX6F9FagMdkmxZUEdN8eUu?usp=drive_link atau;
c. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:
BAHAGIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI,
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR. - Setiap permohonan akan dikenakan bayaran pengurusan dan pemprosesan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus sahaja) bagi tujuan penyediaan pelan, laporan CTOS & CCRIS dan lain-lain dokumen yang berkaitan;
- Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan di Kaunter Kewangan Ibu Pejabat KEJORA Bandar Penawar dengan menggunakan Borang Bayaran Wang Pengurusan dan Pemprosesan;
- Pemohon perlu menyerahkan resit pembayaran kepada Bahagian Hartanah KEJORA untuk pemprosesan pelan kawasan untuk dilampirkan bersama borang permohonan;
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 SEPTEMBER 2023 (RABU), SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI. Permohonan yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses;
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843155;
- Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.
- Untuk Maklumat Lanjut berkenaan syarat, lokasi dan butiran lot adalah seperti yang dilampirkan di bawah.

PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN PLOT KOSONG TANAH PERTANIAN MILIK KEJORA, KAWASAN PERTANIAN SG. MUPOR
PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN PLOT KOSONG TANAH PERTANIAN MILIK KEJORA
KAWASAN PERTANIAN SG. MUPOR, MUKIM ULU SUNGAI SEDILI BESAR, KOTA TINGGI, JOHOR
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma kaedah berikut:a. Memuat turun di laman web KEJORA : kejora.gov.my, atau;
b. Secara atas talian melalui google drive iaitu: https://drive.google.com/drive/folders/1gnaORkVXlVysHbW2MbCZNesuf EtH5XjQ?usp=drive_link atau;
c. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:BAHAGIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI,
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR. - Setiap permohonan akan dikenakan bayaran pengurusan dan pemprosesan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus sahaja) bagi tujuan penyediaan pelan, laporan CTOS & CCRIS dan lain-lain dokumen yang berkaitan;
- Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan di Kaunter Kewangan Ibu Pejabat KEJORA Bandar Penawar dengan menggunakan Borang Bayaran Wang Pengurusan dan Pemprosesan;
- Pemohon perlu menyerahkan resit pembayaran kepada Bahagian Hartanah KEJORA untuk pemprosesan pelan kawasan untuk dilampirkan bersama borang permohonan;
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 SEPTEMBER 2023 (RABU), SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI. Permohonan yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses;
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843155;
- Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.
- Untuk Maklumat Lanjut berkenaan syarat, lokasi dan butiran lot adalah seperti yang dilampirkan di bawah.

- IKLAN PLOT KOSONG PERTANIAN TPMK (SUNGAI MUPOR) 2023
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OGOS DAN KIBARKAN JALUR GEMILANG LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
Bandar Penawar – Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Ogos dan Kibarkan Jalur Gemilang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah berlangsung pada 27 Ogos 2023 di Dewan KEJORA Bandar Penawar.
Majlis dimulakan dengan Ceramah Pengukuhan Integriti Siri 4/2023 yang bertajuk Kesedaran Bahaya Penyalahgunaan Dadah yang disampaikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi.
Seterusnya, Majlis Perhimpunan Bulanan KEJORA Bagi Bulan Ogos dimulakan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara. Yang Berbahagia Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah menyampaikan amanat kepada semua yang hadir pada pagi ini.
Di dalam ucapannya, YBhg. Dato’ mengucapkan tahniah kepada semua Warga KEJORA diatas pencapaian mengadakan beberapa program yang besar seperti Program Belia Desa Madani @KKDW, Program Hawa Madani Wilayah KEJORA, Majlis Menandatangani MoU KEJORA Mardi dan sebagainya.
Majlis perhimpunan pada kali ini diserikan dengan kehadiran Ketua-Ketua dan Wakil JPKK dari 35 Kampung Wilayah KEJORA untuk menerima Jalur Gemilang dari KEJORA. Ini adalah selaras dengan pertandingan Semarak Kampungku Merdeka yang akan berjalan serentak dengan juara akan dinilai berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Pengurusan KEJORA.
Memetik amanat YBhg. Tan Sri KSN, berkenaan pendekatan The G.R.E.A.T CIVIL SERVICE, beliau menekankan konsep GREAT iaitu, Tadbir Urus yang baik (Good Governance), Kepimpinan yang bertanggungjawab (Responsible), mempunyai empati atau Ihsan (Empathy), nilai kebertanggungjawaban (Accountable) dan fokus pada matlamat (Tenacity of Purpose). Untuk itu, semua Anggota KEJORA dinasihatkan untuk sama-sama meneliti dan memahami pendekatan ini.
Tahniah kepada semua yang hadir dan kibarkanlah Jalur Gemilang selaras dengan tagline sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-66 iaitu Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
LATIHAN PENTERNAKAN UDANG KARA AIR TAWAR
Pada 22 Ogos 2023, KEJORA melalui Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menghantar seramai 10 orang peserta untuk menghadiri Latihan Penternakan Udang Kara Air Tawar bertempat di National Institutes of Biotechnology Malaysia, Serdang Selangor. Peserta kursus adalah terdiri daripada penduduk sekitar Wilayah KEJORA.
Sepanjang latihan ini, peserta diberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan serta latihan praktikal mengenai kaedah permulaan bagi menjalankan ternakan udang kara air tawar, makanan udang, penyediaan kolam atau tangki, kawalan penyakit, pengiraan kos operasi dan pemasaran.
Latihan ini dikendalikan oleh Encik Ahmad Nor Hafzan bin Mat Roni, Saintis, Plant Biotechnology Research Centre dan Encik Muhamad Johnny Ajang bin Abdullah, Saintis, Plant Biotechnology Research Centre, National Institutes of Biotechnology Malaysia.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.
PROGRAM BELIA DESA MADANI @KKDW
25 Ogos, Jumaat, Johor Bahru – Pada hari ini, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan Best FM sebagai rakan media telah menganjurkan Program Belia Desa Madani @ KKDW di B5 Street Market, Johor Bahru.
Majlis perasmian program Belia Desa Madani @KKDW telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW). Program yang menyasarkan golongan belia serta masyarakat setempat ini diadakan ini adalah sebagai salah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat mengenai program-program pembangunan belia yang dijalankan oleh KKDW melalui agensinya di Negeri Johor. Antara kekuatan utama pembangunan belia luar bandar adalah pendidikan berasaskan kepada TVET.
Dalam majlis perasmian ini juga, Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) melalui agensinya telah menyampaikan peruntukan sebanyak RM5.41juta, khusus kepada golongan belia di Negeri Johor. Peruntukan ini akan memberi pulangan kepada 121 penerima termasuk juga kepada golongan anak yatim Wilayah KEJORA.
Dengan kehadiran hampir 10,000 pengunjung, program 1 hari ini telah menampilkan beberapa aturcara antaranya Pertandingan Ratu Batik, Pertandingan Belia Idol, Pertandingan KEJORA Aerofithon Challenge, Karnival TVET – Pertandingan Robo-Soccer, Klinik Pemerkasaan IPPK, KEJORA Bikeshow, Demonstrasi Urutan, Bekam & Gunting Rambut, Taklimat TVET serta pameran agensi.
Pada sebelah malam pula, telah diadakan Malam Kerohanian Belia Best FM dengan penampilan khas dari Kumpulan Hijjaz dan Kumpulan Rabbani.
Dalam pada itu, turut diadakan adalah Program Jualan Rahmah @ Maslee B5 yang mana sebanyak lebih dari 13 barangan keperluan harian telah dijual dengan harga yang murah.
Bagi menarik minat dan menghargai kehadiran pengunjung, beberapa barangan cabutan bertuah telah disediakan oleh pihak KEJORA antaranya sebuah motorsikal LC135.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada golongan belia untuk mempelajari bidang TVET selaras dengan matlamat kerajaan dalam program pembelajaran sepanjang hayat.








































































































































































































































