KEJORA@App_Default-image

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA KEJORA TAHUN 2022

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana ke arah pensijilan EKSA telah dapat diadakan dengan jayanya di kawasan perkarangan Ibu Pejabat KEJORA. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA.
Jawatankuasa Pemandu EKSA KEJORA telah dinaungi oleh Pengurus Besar KEJORA dengan melibatkan Jawatankuasa Penyelaras, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Promosi. Manakala sebanyak 6 Zon EKSA telah ditubuhkan iaitu Zon Baiduri melibatkan Bahagian Pentadbrian dan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Hartanah, Unit Teknikal dan Unit Audit Dalam. Manakala Zon Topaz melibatkan Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Pengurus Besar, Unit Integriti, Unit Pelaburan dan Unit Komunikasi Korporat. Bagi Zon Zamrud pula melibatkan Bahagian Kewangan dan Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa. Manakala Zon Kristal melibatkan Bahagian Perancang Bandar dan Desa dan Unit Perundangan. Bagi Zon Nilam pula melibatkan Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Unit Ekonomi dan Usahawan. Manakala Zon yang terakhir iaitu Zon Delima yang melibatkan Bahagian Pelancongan dan Unit Pengurusan Fasiliti.
Setiap Zon diseru supaya membuat hebahan dan promosi di peringkat zon masing-masing secara lebih agresif dan proaktif supaya keterlibatan semua warga zon dalam pelaksanaan EKSA dapat dipergiatkan lagi. Pelaksanaan gotong-royong EKSA secara mingguan setiap hari Khamis petang amatlah digalakkan bagi mengekalkan kesinambungan pelaksanaan EKSA. Jom EKSA!