HARI BELIA NEGARA DAERAH KOTA TINGGI 2022
18 September 2022, Ahad – Telah berlangsungnya Hari Belia Negara Daerah Kota Tinggi Tahun 2022 bertempat di Pantai Punggai, Pengerang.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Tinggi ini turut mendapat kerjasama dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) untuk menganjurkan Pertandingan KEJORA Aerofitthon Challenge 2022 dan Futsal Pantai Piala KEJORA 2022.
Selain itu, Majlis Perasmian Hari Belia Negara Daerah Kota Tinggi 2022 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Turut serta menjayakan ialah YB Tuan Aznan Bin Tamin, ADUN Tanjung Surat, YB Puan Fauziah Binti Misri, Adun Penawar serta kehadiran ketua jabatan dari pelbagai Agensi dan Pertubuhan kawasan sekitar.
Sesi Majlis Penyampaian Hadiah KEJORA Aerofitthon Challenge 2022 telah disampaikan oleh YB Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi diiringi oleh Tuan Sh. Khayulzahri Bin Sh. A Raof, Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, selaku wakil Rasmi YBhg Dato’ Pengurus Besar KEJORA.
Semoga dengan penganjuran dan kerjasama yang diberikan mampu melahirkan belia yang proaktif dan berdaya saing sejajar dengan pembangunan modal insan.