KARNIVAL AGRO JOHOR 2022
KEJORA melalui Bahagian Pertanian & Industri Asas Tani telah dijemput untuk sama-sama menyertai Karnival Agro Johor 2022 dibawah anjuran Agensi Pertanian Negeri Johor bermula dari 11 hingga 13 November 2022 bertempat di Pusat Perdagangan Wawasan Simpang Renggam, Kluang.
Program in telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pada 12 November 2022. KEJORA melalui Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengetengahkan pameran Agensi dengan bertemakan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan KEJORA. Pelbagai aktiviti tarikan pengunjung telah dijalankan antaranya Peraduan Teka Teki Buahan Tempatan, Cari Perkataan Tersembunyi, Teka Berat Buah-buahan serta makan dan rasa buah-buahan tempatan.
Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan tidak putus-putus memberikan sokongan kepada Karnival Agro Johor 2022 Daerah Kluang walaupun cuaca tidak menentu.
Kehadiran anda semua memeriahkan lagi pengisian program dan merancakkan lagi jualan usahawan! 

Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan!! 
