KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA 2022

Dalam membimbing dan membantu usahawan di dalam Wilayah KEJORA untuk terus bangkit di persada ekonomi Negara, KEJORA telah membantu seramai 14 Usahawan bimbingannya menyertai Karnival Barangan Malaysia di Plaza Angsana Johor Bahru bermula dari 14 hingga 16 Oktober 2022. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang melibatkan 120 booth usahawan.
Majlis Perasmian Karnival Barangan Malaysia ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna, Yang Berhormat Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan di sepanjang karnival antaranya cabutan bertuah bagi pengunjung yang berbelanja di festival tersebut, persembahan artis tempatan dan pelbagai lagi akiviti menarik. Karnival ini adalah bertujuan memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang mana ianya setanding dengan barangan daripada luar negara dan mampu menarik masyarakat untuk membeli barangan buatan dari Malaysia.
Pihak KEJORA ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana telah memberi peluang kepada usahawan bimbingan KEJORA untuk menyertai Karnival Barangan Malaysia pada kali ini.
KEJORA berharap, usahawan yang terlibat di dalam karnival ini mendapat manfaat yang baik serta pengalaman baharu di dalam mempertingkatkan lagi kualiti produk serta jaringan perniagaan. Syabas dan tahniah diucapkan.!!