KEJORA BANTU MISI BANTUAN PANCA BANJIR DI PENGERANG
PENGERANG, 11 Januari – “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”, perumpamaan yang dapat menggambarkan kesedihan dan keperitan kepada semua mangsa banjir di Kawasan Pengerang terutama di Kampung Bukit Raja, Kampung Bukit Buluh dan Kampung Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.
Hari ini, Pasukan Sukarelawan KEJORA seramai lebih kurang 15 orang yang diketuai oleh Pengurus Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, En. Mohd Ashek bin Mohd Hassan telah bersama-sama dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Puan Hajah Zihan binti Ismail serta ADUN Tanjung Surat, YB Tuan Aznan Bin Tamin telah sama-sama membantu membersihkan beberapa rumah penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.
Hadir sama di pihak KEJORA adalah Ketua Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Azrul bin Hj Shari, Penolong Pengurus Kanan PPSM, En. Noorsaifulizuan bin Nordin, serta Penggerak Kampung, En. Kamaluddin bin Hassan.
Semoga usaha kecil KEJORA ini memberikan seribu senyuman kepada penduduk Wilayah KEJORA.