KEJORA FC vs OLA BOLA FC
Aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Mini Stadium Kota Jaya, Kota Tinggi menemukan antara KEJORA FC dan OLA BOLA FC yang berkesudahan dengan kemenangan kepada KEJORA dengan jaringan 1 – 0. Jaringan telah dilakukan oleh Musliyadi Mansor melalui tendangan penalti pada minit ke-32. Kedua-dua pasukan berjaya menampilkan satu aksi permainan yang menarik dan aggresif sepanjang perlawanan berlangsung.
YBhg. Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA turut sama-sama hadir menyaksikan perlawanan akhir ini bersama-sama dengan Pengurusan KEJORA serta anggota KEJORA.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Yang Dipertua, Persatuan Bola Sepak Kota Tinggi.
Kejayaan berganda juga untuk KEJORA FC apabila dianugerahkan Piala Fair Play dan Pemain
Terbaik
perlawanan akhir kepada Suani Hombis.
Tahniah kepada KEJORA FC atas pencapaian ini.
“Kualiti tanpa kejayaan adalah sia-sia. Kejayaan tanpa kualiti adalah membosankan. Bermain bola sepak itu mudah. Tetapi bermain bola sepak dengan cara mudah itulah perkara paling susah sekali”…Johan Cruyff, Lagenda Bola Sepak Dunia.