KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR KEJORA KE ATAS PENGARAH PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR (PPNJ)
29 MAC 2022 I SELASA I 3.00 PETANG
YBhg. Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat ke atas YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Kunjungan Hormat yang diadakan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik 2 hala antara KEJORA dan Pejabat Pembangunan Negeri Johor terutamanya dalam perkongsian maklumat, perbincangan dan khidmat nasihat berkaitan hala tuju isu Projek-projek Pembangunan KEJORA yang dalam perancangan dan pelaksanaan.
Kunjungan Hormat pihak KEJORA yang turut disertai oleh En. Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik dan En. Muhammad Redzuan bin Othman, Penolong Pengurus telah disambut mesra oleh Pengarah PPNJ, Puan Amy Lydia binti Adnan, Timbalan Pengarah (Pemantauan) dan En. Hasbullah Mohd Hasbullah bin Mat Taib, Penolong Pengarah (Pemantauan).