KUNJUNGAN PRIHATIN KEJORA KE ATAS MANGSA BANJIR DI TAMAN DESARU UTAMA, BANDAR PENAWAR

14 Disember 2022 (Rabu), Taman Desaru Utama, Bandar Penawar – KEJORA yang diwakili oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) telah mengadakan kunjungan prihatin ke atas 22 orang anggota KEJORA yang telah dilanda banjir pada awal pagi ini. Dikesempatan itu juga, beliau mewakili pihak Pengurusan KEJORA telah menyampaikan bantuan Bakul Makanan KEJORA kepada semua anggota KEJORA yang terlibat.
Selain itu, beliau yang turut diiringi oleh Cik Haslinda binti Abu Bakar, Pengurus Hartanah dan Encik Noorsaifulizuan bin Nordin, Penolong Pengurus Kanan serta beberapa Sukarelawan Banjir KEJORA telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Muafakat Taman Desaru Utama.
Dalam lawatan tersebut juga, sebanyak 18 unit Bakul Makanan KEJORA diserahkan kepada Encik Fizwan bin Dato’ Haji Mohd Rashidi, YDP Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) selaku pihak Pengurusan PPS di Dewan Muafakat Taman Desaru Utama untuk diserahkan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut.
Lembaga Pengarah, pihak Pengurusan serta seluruh anggota KEJORA mendoakan agar urusan semua mangsa banjir ini dipermudahkan oleh-Nya. Semoga semua mangsa dan keluarga juga terus tabah dalam menghadapi dugaan ini.