KURSUS AGROPELANCONGAN KEJORA TAHUN 2022

Bermula pada 18 hingga 20 Oktober 2022 telah berlangsungnya Kursus Agropelancongan yang dianjurkan oleh bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA bertempat di Taman Agroteknologi MARDI Tg Karang, Selangor dan Selangor Fruit Valley. Seramai 25 orang yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada penduduk kampung di bawah seliaan KEJORA, anak syarikat KEJORA serta wakil agensi selaku fasilitator kursus ini.
Majlis penutup Kursus Agropelancongan Tahun 2022 ini iaitu pada 20 Oktober 2022 telah disempurnakan oleh En Daud Bin Abd Rahman selaku Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.
Program yang diadakan selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan percambahan idea bagi memperluaskan lagi pembangunan produk dan aktiviti agropelancongan yang sedia ada dalam kampung di bawah seliaan KEJORA.
Disamping itu juga, KEJORA telah menjemput agensi agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pertanian Negeri Johor, Tourism Johor dan MARDI Serdang, Selangor untuk memberikan ceramah mengenai pembangunan aktiviti agropelancongan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi tersebut. yang boleh dijadikan contoh dan rujukan pihak KEJORA.
Syabas dan Tahniah kepada semua peserta.