Kursus Asas Peniagaan dan Kursus Pemantapan Motivasi Perniagaan

Atas faktor ingin mendekati usahawan di wilayah KEJORA, KEJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan terus komited dalam membantu usahawan yang terjejas tatkala dunia masih dilanda wabak Pandemik Covid 19. Kursus Latihan Keusahawan ini bermaksud seramai 20 orang peserta dari kalangan usahawan baru di wilayah KEJORA yang dibimbing, diberi latihan dan sokongan. Justeru itu, pada 25-27 Mac 2021 (Khamis-Sabtu) telah diadakan Kursus Asas Peniagaan dan Kursus Pemantapan Motivasi Perniagaan bertempat di JO Hotel, Johor Bahru. Majlis Perasmian Penutupan Kursus Asas Perniagaan telah dirasmikan oleh En. Daud Bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Penampilan khas kursus ini adalah Dato’ Amir Amzah Bin Salleh atau lebih dikenali dengan ND Lala. Kursus ini diadakan bertujuan untuk menekankan mengenai keperluan asas perniagaan dan pemantapan motivasi diri usahawan bagi membuka minda dan memberi peluang mengenai peluang usahawan bagi memasarkan produk ke peringkat yang lebih luas. Syabas dan tahniah kepada para peserta.