KURSUS PENGURUSAN PROJEK DAN ASET-ASET PELANCONGAN KEJORA KEPADA JPKK DAN OPERATOR PELANCONGAN WILAYAH KEJORA
Alhamdulillah, KEJORA melalui Bahagian Pelancongan telah melaksanakan Kursus Pengurusan Projek Dan Aset-Aset Pelancongan KEJORA Kepada JPKK dan Operator Pelancongan Wilayah KEJORAbermula dari 6 hingga 8 Disember 2022 bertempat di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.
Kursus ini memberi bimbingan kepada para peserta sebagai operator pelancongan Wilayah KEJORA berkaitan urus tadbir dan pengurusan aset-aset pelancongan yang diterima melalui Program Pelancongan Desa. Di dalam kursus ini juga, para peserta telah mempelajari dan memahami berkaitan Cerficate Of Competency dan Perlesenan Bot, Pengenalan kepada Program Desa Lestari, Laporan Pemantauan Projek Ekonomi Pelancongan, Penemuan Audit Berkaitan Pengurusan Projek Pelancongan KEJORA, Tatacara Pengurusan Aset-Aset Pelancongan serta Tatacara Merekod Akaun Tunai dan Penyata Penyesuaian Bank.
Kursus ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada beberapa jabatan dan agensi seperti Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan dan Unit Audit Dalam KEJORA.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rusdi bin Mohd Darus.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Pelancongan, Puan Suraya Hani Binti Sharan dan Ketua Audit Dalam, Encik Mohamad Rizal Bin Mohd Hidzir.
Pihak Pengurusan KEJORA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para peserta yang terlibat secara langsung dalam menjayakan kursus ini iaitu :
i. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Surat;
ii. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Sedili;
iii. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Tanjung Serindit;
iv. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Kg. Mawai Baru;
v. Jawatankuasa Homestay Kg. Mawai Baru;
vi. Jawatankuasa Homestay Kg. Johor Lama;
vii. Koperasi Johor Lama Kota Tinggi Bhd;
viii. Koperasi Sinar Tanjung Balau Bhd; dan
x. Tetuan Belungkor Venture.
Semoga dengan penganjuran kursus ini, para peserta dapat meningkatkan mutu kualiti dalam memperkasakan pengurusan aset pelancongan wilayah KEJORA serta memartabatkan sektor pelancongan di kawasan kampung masing-masing.
Sampan Kolek Menuju Ke Hilir,
Sarat Titi Si Batang Lidi,
Jangan Berkata Hanya Di Bibir,
Satukan Komuniti, Jayakan Budi.