LAWATAN KERJA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) KE DESAMALL @ PERDA BUSINESS OUTLET DAN DESAMALL @ IPOH

KEJORA telah mengadakan lawatan kerja ke Desamall @ PERDA Business Outlet dan Desamall @ Ipoh pada 20 dan 21 April 2022. Lawatan melibatkan 2 hari ini telah diketuai oleh Encik Daud bin Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KEJORA juga turut hadir sama dalam lawatan ini ialah 10 pegawai KEJORA. Lawatan ke Desamall @ PERDA Business Outlet telah disambut oleh Encik Ismat Afif bin Pawanteh Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA manakala lawatan ke Desamall @ Ipoh telah disambut oleh Encik Mohd Zaid bin Zulkifli, Pengurus Besar, Bahagian Korporat Sosial PPNP.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal serta pengumpulan maklumat berkenaan konsep dan cara pengurusan pusat jualan Desamall yang telah jalankan oleh pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPNP). Maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak KEJORA untuk mendapatkan konsep yang sesuai bagi pembangunan KEJORA Best Outlet (KBO) yang dijangkan akan bermula pada tahun ini.
Pembinaan KEJORA Best Outlet (KBO) ini akan menyediakan ruang jualan atau retail Shop yang menjadi platform pemasaran produk-produk usahawan bimbingan KEJORA juga produk KEJORA BEST yang memberi manfaat kepada 200 orang usahawan wilayah KEJORA selain dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.