Majlis Penyerahan Buku Panduan Integriti iaitu Biasakan Yang Betul, Betulkan yang Biasa yang telah disampaikan oleh Tuan Haji A. Jalil bin Md. Arsad, Pengurus Besar KEJORA
Pada hari ini Unit Integriti KEJORA telah mengadakan Majlis Penyerahan Buku Panduan Integriti iaitu Biasakan Yang Betul, Betulkan yang Biasa yang telah disampaikan oleh Tuan Haji A. Jalil bin Md. Arsad, Pengurus Besar KEJORA kepada Pengurus Bahagian dan Ketua Unit KEJORA. YB Dato’ Che Zakaria bin Mohd Salleh selaku Pengerusi KEJORA juga berbesar hati untuk menyampaikan buku panduan BYB tersebut kepada Pengurus Besar KEJORA.
Buku panduan ini disediakan bagi memudahkan anggota KEJORA membuat rujukan perkara yang betul untuk dipraktikan dan meninggalkan segala kebiasaan yang salah. Meletakkan perkara yang betul pada tempatnya adalah satu amalan integriti yang murni.
Dengan terhasilnya buku ini, dapat menjadikan warga KEJORA lebih berdisiplin, cemerlang dan meletakkan KEJORA berkualiti di mata hati rakyat yang menikmati.