Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini (MTEx) Wilayah Selatan 2020

Selaras dengan norma baharu bagi mencegah penularan wabak Covid 19, Konvensyen Team Excellence Peringkat Mini (MTEx) Wilayah Selatan 2020 berlangsung secara atas talian pada hari ini di Bilik Taklimat KEJORA. Wakil daripada pihak penganjur yang berada di Bangunan Pejabat MPC terdiri daripada 2 org panel penilai iaitu Puan Nor Idayniza binti Rahmat dan Puan Fiaza binti Hatta. Manakala pihak KEJORA diwakili 2 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) iaitu kumpulan Perdana dengan projek “Kekerapan Yang Tinggi Dalam Melaksanakan Kerja-Kerja Merumpai Di Ibu Pejabat KEJORA” manakala kumpulan KIK 360° mempertaruhkan projek “Tunggakan Bil Kumbahan Yang Tinggi” . Semoga berjaya kepada kumpulan Perdana dan kumpulan 360°.