Kunjungan mesra daripada YB Datuk Dr. Abd Latiff Bin Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

Pada hari ini KEJORA menerima kunjungan mesra daripada YB Datuk Dr. Abd Latiff Bin Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara. Lawatan turut disertai oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, Timbalan Menteri KPLB dan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha KPLB.

Yang Berbahagia Tuan Haji A. Jalil Bin Md Arsad selaku Pengurus Besar KEJORA turut menyampaikan taklimat pembangunan KEJORA yang turut dihadiri oleh YB Dato’ Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Pengerusi KEJORA.