MAJLIS PERASMIAN MINGGU BELIA KEJORA 2022

5 OGOS 2022 I JUMAAT I 10.00 PAGI
Pada pagi ini, telah berlangsung Majlis Perasmian Minggu Belia KEJORA Tahun 2022. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.
Di dalam ucapan perasmian, YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah mengajak semua agensi sama ada agensi kerajaan atau NGO untuk sama-sama membantu membangunkan belia di Negeri Johor. Baliau juga mengucapkan tahniah dan bangga kepada KEJORA kerana menganjurkan program ini yang akan membuka peluang kerjaya kepada belia luar bandar.
Di dalam majlis ini, beberapa penyerahan telah disampaikan antaranya, penyerahan cek faedah PERKESO belia wilayah KEJORA, penyerahan insentif pemerkasaan wanita wilayah KEJORA serta penyerahan sijil penghargaan jejak kerjaya wilayah KEJORA. Terlebih dahulu, ketibaan Yang Berhormat EXCO telah disambut dengan paluan gendang Cina, kompang hadrah, tarian zapin serta tarian kaum India. Kelainannya pada kali ini, KEJORA telah menampilkan Aqmal Daniel, The Stylo Violinist Malaysia untuk memeriahkan suasana majlis perasmian ini.
Turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah, Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, ADUN Tanjung Surat, En. Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA, En.Mohamad Farhan bin Kasmunee, Ketua Pegawai Daerah Kota Tinggi, Pengurusan KEJORA, Ketua-Ketua Jabatan serta agensi, Pengerusi JPKK WIlayah KEJORA serta belia-belia di sekitar Bandar Penawar.
Jom, ramai-ramai ke Minggu Belia KEJORA 2022 di Perkarangan Dewan KEJORA Bandar Penawar. Pelbagai acara telah disusun dan jualan dibuka kepada orang ramai.