MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BACK TO NATURE

Bukit Jalil, 19 Jun 2022 – Program Back to Nature anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) diadakan bagi memupuk penggunaan sumber semula jadi iaitu daripada tumbuh-tumbuhan dalam penghasilan produk, fabrik dan corak rekaan sekali gus mengurangkan penggunaan pewarna sintetik dalam industri selain mendidik masyarakat supaya bersahabat dengan alam disamping melahirkan usahawan yang berkemahiran dalam menghasilkan produk eco-friendly.
Program ini telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Sebagai tanda sokongan kepada inisiatif tersebut, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui Unit Ekonomi dan Usahawan diwakili Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan turut hadir bagi menyokong program tersebut.
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan seramai 500 orang usahawan yang berkemahiran dalam menghasilkan produk Natural Dye dan Eco Printing yang melibatkan kumpulan sasar terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal, OKU, belia, orang asli dan asnaf. Program ini akan berlangsung selama 7 hari bermula daripada 20 sehingga 26 Jun 2022 bertempat di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.