KEJORA@App_Default-image

Majlis Ramah Mesra YB Dato’ Pengerusi KEJORA Bersama Pengerusi JPKK dan Pertubuhan Wilayah KEJORA

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra YB Dato’ Pengerusi KEJORA Bersama Pengerusi JPKK dan Pertubuhan Wilayah KEJORA bertempat di Dewan KEJORA Bandar Penawar.
Turut diadakan juga taklimat penerangan vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Nor Asimah binti Draman selaku Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bandar Penawar.
Majlis disempurnakan lagi dengan penyampaian geran Pembangunan Modal Insan tahun 2021 kepada kesemua 35 JPKK dan 7 wakil pertubuhan yang hadir. Sebanyak RM 245,000. 00 telah diperuntukkan oleh pihak KEJORA pada tahun ini kepada badan pertubuhan yang telah dipilih. Semoga geran yang disalurkan ini memberi manfaat kepada masyarakat khususnya di Wilayah KEJORA.