MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI, INTEGRITI DAN PSIKOLOGI KEJORA TAHUN 2022

Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2022 telah diadakan pada 5 Disember 2022 bertempat di Dewan KEJORA, Bandar Penawar.
Majlis dimulakan dengan sesi bual bicara bersama Ikon Integriti KEJORA iaitu Encik Mohd Ridhuan bin Husain, Penolong Arkitek Lanskap dan ceramah integriti yang disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Mohd Noh, Pegawai Seksyen Advokasi dan Latihan dari Institut Integriti Malaysia bertajuk Integriti Teras Keluarga Malaysia.
Majlis perasmian Sambutan Hari Inovasi, Integriti dan Psikologi KEJORA Tahun 2022 telah disempurnakan oleh Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) selaku Wakil Rasmi Pengurus Besar KEJORA. Di dalam ucapannya, beliau menyeru agar inovasi yang dihasilkan oleh warga KEJORA ini diaplikasi di dalam tugasan seharian di KEJORA.
Di dalam majlis ini, turut disampaikan sijil penghargaan dan penyertaan kepada pemenang bagi pertandingan Amalan Terbaik Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) terdiri daripada 3 kategori iaitu Pertandingan Ruang Kerja Terbaik, Pertandingan Sudut Go Green Terbaik dan Pertandingan Sudut EKSA terbaik, pertandingan Integriti iaitu Kuiz Cepat, Tepat Integriti, Video Kreatif Tik Tok Integriti, Rekaan Poster Digital dan Anugerah Ikon Integriti KEJORA Tahun 2022.
Majlis diserikan lagi dengan meraikan pemenang bagi Anugerah Kualiti dan Inovasi KEJORA Tahun 2022 iaitu Anugerah Kualiti Pengurusan Inovasi, Anugerah Kualiti Pembudayaan Teknologi Maklumat, Anugerah Keselamatan Perlindungan dan Anugerah Kecekapan Tadbir Urus.
Kemuncak majlis pada hari ini adalah penyampaian Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KEJORA Tahun 2022. JOHAN KIK dirangkul oleh Kumpulan KIK GOLD dari Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan KIK PERDANA, tempat ketiga Kumpulan KIK Prospek dan persembahan terbaik adalah Kumpulan KIK Equalizer.
TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang.
Berarak Awan Simbol Motivasi,
Dayung Sampan Tengah Telaga,
Ayuh Bersama Kita Berinovasi,
Demi Kemajuan Masa Hadapan.
“Inovasi Membezakan Antara Pemimpin dan Pengikut” – Steve Job