PEMANTAUAN PELAKSANAAN GERAK KERJA PROJEK BERSEPADU PEMBANGUNAN EKONOMI KAMPUNG (PROSPEK)
22 SEPTEMBER 2022 I KHAMIS
Pada hari ini, satu sesi pemantauan gerak kerja pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) telah dijalankan di Mukim Jorak Panchor, Muar, Johor. Sesi pemantauan ini telah diketuai oleh En. Daud bin Abd. Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.
Pemantauan Projek PROSPEK ini telah merangkumi:-
1. Komponen Ekonomi
– Program Pembangunan Usahawan
– Projek Ternakan Arnab Berkelompok
2. Komponen Prasarana
– Mercu tanda PROSPEK
– Projek Pembangunan Jalan Perhubungan Desa
3. Komponen Perumahan
– Kerja-kerja Bina Baru & Baik Pulih Rumah
Sesi pemantauan gerak kerja PROSPEK pada hari ini turut disertai oleh wakil dari KPLB Negeri Johor, Bahagian Pembangunan Sosial & Pemajuan Desa, Bahagian Perindustrian & Industri Asas Tani, Unit Teknikal serta Unit Komunikasi Korporat KEJORA.
KEJORA juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua-Ketua Kampung di Mukim Jorak Panchor, Muar Johor serta penduduk kampung yang sama-sama menjayakan sesi pemantauan kali ini.