PEMBANGUNAN PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA (JPD) DI BAWAH PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA) TAHUN 2021
8 JUN 2022 I RABU I 12.30 PETANG
KEJORA telah menerima peruntukan di bawah Peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi -PEMERKASA) sebanyak RM3,000,000.00 bagi membina dan menaik taraf 13 jalan kampung sepanjang 10km di Wilayah KEJORA.
Sesi pemantauan tapak projek telah dilakukan oleh Dato’ Hj. Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA bagi melihat sendiri projek Jalan Perhubungan Desa di Kampung Singapura dan Kampung Sri Gading, Tanjung Sedili, Daerah Kota Tinggi, Johor yang telah siap dibina oleh pihak kontraktor dan telah diserahkan kepada pihak KEJORA.
Projek ini dijangka akan memberikan impak kepada lebih dari 8000 penerima manfaat dari pelbagai lapisan/golongan pengguna.
Turut sama dalam lawatan ini ialah, En. Mohd Hanafi bin Jantan, Pengurus Perancangan Strategik, En Yusrihan bin Jusak, Pegawai Perancang Bandar & Desa Kanan, En. Mohamad Azrul bin Shari, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Pn. Siti Aisah binti Mohamad dan Cik Eda Reyanna binti Yahya dari Unit Teknikal KEJORA.